EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kula Segaran menteri Kabinet Malaysia atau India?

0 month ago, 14-Aug-2019

BANGI, 13 Zulhijjah 1440H, Rabu Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung menempelak tindakan Menteri Manusia, M Kula Segaran yang mahu membawa isu status penduduk tetap dimiliki penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke mesyuarat Kabinet.

"Menteri Manusia, M Kula Segaran bertukar portfolio ke? Persoalan saya kepada anda para 'politikus' hipokrit. Kenapa tidak mendesak Waytha Moorthy meminta maaf dan dikenakan tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan Malaysia?

"Kenapa tidak bersuara mendesak mana-mana rumah ibadah apa jua agama yang dibina tanpa kebenaran dan dibina di atas tanah orang lain dirobohkan secepat mungkin? Rule of law!" kata beliau dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau hairan apabila Kula Segaran tidak patuh kepada pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang penceramah Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

"Jika setia kepada negara kenapa PM dah buat keputusan tidak akan menghantar Dr Zakir Naik balik ke India tetapi anda masih berdegil mahu mengikuti kemahuan Modi (Perdana Menteri India) mengekstradisi Dr Zakir Naik balik?

"Anda ini menteri Kabinet Malaysia atau menteri Kabinet India atau sebenarnya menteri yang layak diletakkan dalam Kabinet sebagai tayangan sejarah sahaja?

"Saya sedang menanti menteri muslim daripada PH bersuara mempertahankan PM. Menteri dan 'politikus' daripada PH dan lawan Tun, takkan anda berdiam diri sahaja?" soal beliau.

Semalam, Kula Segaran menggunakan surat berserta logo kementeriannya mendesak tindakan terhadap Dr Zakir Naik selepas mendakwa penceramah itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Beliau menyifatkan penceramah terkenal itu sebagai seorang pelarian dan mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai sejarah Malaysia, sekali gus tidak sewajarnya diberikan keistimewaan.

Bagaimanapun tindakan menteri Kabinet itu mendapat kecaman netizen berikutan didakwa menyalahgunakan surat kementerian untuk mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

Terdahulu, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti.

: https://www.ismaweb.net/2019/08/14/kula-segaran-menteri-kabinet-malaysia-atau-india/

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com