EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Segalanya Atas Kerelaan, PU Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam

0 month ago, 30-Aug-2021

Pelakon dan juga pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat membantu seorang wanita yang berhajat untuk memeluk Islam menerusi siaran langsung Instagramnya, baru-baru ini.

Ujar PU Azman, perkara tersebut bukannya mudah dan segala proses itu haruslah mengikut kerelaan seseorang itu untuk bertukar agama.

Advertisement

Dalam pada itu, PU Azman memberitahu bahawa dia lebih selesa untuk bertanya beberapa soalan penting terlebih dahulu sebelum mengislamkan saudara baru.

Selalunya kalau ada orang chat cakap nak masuk Islam (cik man lagi suka guna ayat kembali ke asal), cik man akan tanya beberapa soalan. Pertama, ada orang paksa kau? Kedua, kau rasa terpaksa? Ketiga, ada Tuhan selain Allah? Keempat, ada Nabi selepas Nabi Muhammad? Kelima, kau pernah kaji tentang Islam?

Tambahnya lagi, wanita yang dikenali sebagai Preeteey itu secara rela hati ingin memeluk agama Islam.

Advertisement

PU Azman yang lebih mesra disapa sebagai Cik Man itu turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan dirinya dan wanita itu untuk terus istiqamah dalam mengejar keredaan Allah S.W.T.

Berita gembira tersebut turut mendapat reaksi positif daripada pengikut PU Azman di Instagram di mana rata-rata peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Segalanya Atas Kerelaan, PU Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...