www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Seekor anjing Husky terkorban secara tragis dalam kebakaran selepas menyelamatkan pemiliknya

0 month ago, 16-Mar-2019


Penggera kebakaran berbunyi di tingkat dua, sebuah bangunan 5 tingkat yang terletak di West 76th Street, berdekatan dengan West End Avenue pada jam 1.35 pagi.

Penggera itu berbunyi namun ia masih tidak mampu mengejutkan pasangan Quinn Demarest dan Monica Molina yang sedang lena dibuai mimpi di apartmen kediaman mereka.

Sedar akan ancaman bahaya, anjing peliharaan mereka yang berbaka Husky bernama Rikku, datang ke bilik tuannya lalu mengejutkan mereka. Setelah sedar, pasangan itu dengan pantas keluar daripada rumah, membunyikan penggera dan mula mengetuk pintu rumah jiran-jirannya yang lain.

Rikku tahu bahawa dia perlu mengejutkan tuannya dengan segera ketika kebakaran berlaku

New York Post

Pasangan itu kemudiannya segera mengejutkan orang ramai setelah mereka dikejutkan oleh Rikku

New York Post

Dia mengejutkan kami, lalu saya membantu tunang saya keluar. Tindakan Rikku membolehkan kami mengetuk pintu dan membunyikan penggera bagi menyelamatkan orang ramai, kata Demarest.

Selepas Molina selamat dibawa keluar daripada bangunan, Demarest masuk semula untuk mendapatkan Rikku, namun ianya sudah terlambat. Mungkin disebabkan oleh asap tebal yang menutupi udara di dalam bangunan berkenaan, Rikku tidak mempu menyelamatkan dirinya walaupun berjaya menyelamatkan nyawa tuannya.

Rikku terperangkap oleh asap tebal

New York Post

Saya masuk kembali namun api sangat marak. Saya tidak mampu membawanya keluar. Saya masih rasa sedih dan tidak sanggup bercakap mengenainya.

Rasa sedih dan sayu akan insiden berkenaan menyebabkan Demarest tidak mampu berkata apa-apa tentang Rikku namun kita dapat lihat gambar-gambar Rikku menerusi laman Facebook pasangan berkenaan.

Pasangan berkenaan bersama Rikku kesayangan mereka

Quinn Demarest

Difahamkan bahawa kebakaran itu menyebabkan seramai 7 orang penghuni apartmen dan seorang anggota bomba mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, Jabatan Bomba New York masih belum mendedahkan punca kebakaran.

:NyPost,New York Post

Seekor anjing Husky terkorban secara tragis dalam kebakaran selepas menyelamatkan pemiliknya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts