EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Saya sedih dan marah - Tunku Azizah

0 month ago, 14-Sep-2019

SELEPAS dua hari menyahaktifkan akaun Twitter @cheminahsayang, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menciap pada 7.55 pagi, hari ini.

Menerusi ciapan terbaharu, baginda bertitah, keputusan menyahaktif akaun Twitter bukan disebabkan sedih dengan komen dibuat warganet, sebaliknya atas sebab-sebab peribadi.

Tapi hari ini, saya sangat kecewa apabila pihak polis telah menangkap beberapa individu. Selama bertahun, Tuanku dan saya tidak pernah membuat laporan polis kerana kata-kata tidak baik mengenai kami. Ini negara bebas, tulis baginda.

Selain itu, baginda turut berkongsi perasaan ketika dikejutkan anakandanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, awal pagi hari ini.

Afzan kejut saya tadi, Mama, polis tangkap 2 orang! Saya sedih dan marah dan terus aktifkan semula akaun Twitter. Tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis.

Saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu pihak polis jangan ambil tindakan. Saya ulangi sekali lagi, saya nyahaktif (Twitter) bukan sebab mereka, titahnya lagi.

Tuanku Azizah bagaimana pun sempat berseloroh dalam ciapan seterusnya mengenai Tengku Afzan yang akan menenangkannya setiap kali sedih.

Walaupun selama ini saya dan Tuanku dikeji, dituduh, dihentam, dimaki hamun dalam CARI.com, kami berdua tidak pernah buat laporan polis dan saya tidak pernah sedih malah ketawa apabila baca kerana Allah tahu saya siapa! tulis Tuanku lagi.

Tunku Azizah mengejutkan warganet selepas menutup akaun Twitter bermula Rabu lalu.

Kebanyakan pengguna laman sosial itu beranggapan, tindakan baginda berpunca daripada ciapan beberapa pengguna Twitter yang menurunkan komen negatif termasuk berunsur menghina institusi diraja sebelum ini.

Susulan itu, laporan polis dibuat beberapa individu sejak semalam, selain seorang pengguna dilaporkan sudah pun memuat naik permohonan maaf di laman sosial sama.

Pengguna Twitter yang lain menzahirkan kekecewaannkerana tidak dapat mengikuti perkembangan Tunku Azizah dan merayu supaya akaun itu diaktifkan semula.

Berita berkaitan

Kementerian akan keluar kenyataan rasmi [METROTV]

Tuanku... kembalilah

Akaun ditutup, netizen sedih


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com