www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


JDT sedia bawa pulang Syazwan Andik ke bumi Johor

0 month ago, 12-Jan-2019


 

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) menyuarakan hasrat ingin mendapatkan khidmat bek kiri kebangsaan, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak.

 

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata mereka sedia berunding dengan pemain kelahiran Johor itu yang mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya sekarang dengan Kuala Lumpur berikutan gaji selama dua bulan pemain itu masih tertunggak.

 

Kami akan berbincang dengan Syazwan sama ada beliau ingin kembali kepada Harimau Selatan.

 

“Kelab ini berharap akan dapat mencapai satu persetujuan dengan Syazwan secepat mungkin, kata Prest di dalam laman Facebook rasmi JDT, hari ini.

 

Muhammad Syazman dalam catatan di laman Instagramnya Jumaat lepas mendedahkan keputusannya meninggalkan Kuala Lumpur selepas pasukan itu dilaporkan gagal membayar gajinya untuk bulan November dan Disember tahun lepas.

 

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini beraksi untuk JDT II dari 2016 hingga 2017 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, musim lepas.

 

Kehebatan aksinya dengan skuad kebangsaan pada Piala AFF Suzuki 2018 menarik perhatian beberapa pasukan tempatan yang berminat mendapatkan khidmat beliau. – Bernama

JDT sedia bawa pulang Syazwan Andik ke bumi Johor Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts