EdisiViral.Com Search Guest Post Login

vivo sedia dengan 6G (anda tak salah baca)

0 month ago, 04-Nov-2019

Ketika dunia kini sedang bersiap untuk menerima sistem rangkaian 5G, pengeluar telefon pintar dari China, vivo telahpun memulakan penyelidikan dan pembangunan teknologi 6Gnya.

Lebih mengejutkan pada 22 Oktober lalu ia telah memfailkan paten untuk logo 6G dengan EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) di mana vivo bersedia dengan sambungan wayarles generasi masa depan dan akan menjadi antara jenama pertama untuk melancarkan telefon pintar dengan sokongan 6G.

Walaupun 5G agak baru, 6G mungkin menyelesaikan cabaran gelombang dalam komunikasi, termasuk pertumbuhan masa depan data, teknologi AI dan peranti IoT.

Vivo 6G dengan tanda dagangan digambarkan sebagai produk dan perkhidmatan termasuk telefon pintar, perisian komputer, peranti boleh pakai, fon kepala mudah alih, rangkaian selular, perkhidmatan telekomunikasi dan banyak lagi.

Baru-baru ini, vivo juga menerbitkan kertas kerja 6G pertama di dunia bertajuk ‘Key Drivers and Research Challenges for 6G Ubiquitous Wireless Intelligence’ oleh program penyelidikan Flagship 6G.

Standard 6G hanya akan tiba tidak lebih dari tahun 2030 dan akan membawa kelajuan rangkaian lebih pantas.

Kelajuannya mencapai 1TBs tanpa latensi.

Pada masa ini, Vivo adalah salah satu firma terkemuka dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi 6G mengambil bahagian dalam seminar industri B5G / 6G.

vivo sedia dengan 6G (anda tak salah baca) TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...