www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Fon 5G sedia pada initapi adakah rangkaiannya pun cukup sedia?

0 month ago, 07-Dec-2018


5G, teknologi rangkaian terbaru pastinya menjadi topik hangat untuk 2019. Ini kerana ia bukan saja menjadi tema utama dalam pembangunan Internet mudah alih tetapi bakal menjadi ciri paling diingini pada telefon pintar yang akan datang.

Sebab itulah semua jenama terkemuka bergerak aktif untuk cuba memasukkan teknologi ini pada model masing-masing secepat mungkin.

Baru-baru ini Vivo menunjukkan telefon pintar yang mampu menggunakan teknologi itu pada Simposium Antarabangsa mengenai Teknologi ICT di Beijing, China. Sebagai antara lima jenama telefon pintar terkenal di dunia, pastinya kemunculan model itu mampu menyokong beberapa aplikasi.

Pengarah jabatan Produk Standard Vivo, Zhang Yuan berkata: “Vivo memulakan penyelidikan dan pembangunan rangkaian 5G seawal 2016. Dalam tempoh dua tahun lalu, mereka menghantar lebih 1,500 cadangan teknikal kepada 3GPP.”

Menurut kenyataan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, penyelidikan dan pembangunan telefon pintar menggunakan teknologi 5G berjalan lancar. Pra-iklan telefonpintar 5G yang pertama akan dilancarkan pada tahun depan dan peranti sebenar akandilancarkan pada 2020.

Fon 5G sedia pada ini…tapi adakah rangkaiannya pun cukup sedia? TheSkop.


SUMBER : theskop.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts