EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sedekah Pada Waktu Sempit

0 month ago, 29-Jun-2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami perasaan dan situasi ini. Sedekah RM1 ketika duit dalam bank tinggal RM5 takkan sama perasaannya berbanding sedekah ketika duit banyak.

Ketika duit seringgit itu hendak ditarik keluar daripada dompet, beratnya perasaan hati hanya Tuhan yang tahu.

Baca : Sedekah boleh mengubati kesedihan

Fikiran mula berbelah bahagi. Cukupkah baki duit yang ada untuk bekal sehingga rezeki seterusnya?

Orang pun tak pandang kalau kita hulur seringgit. Bagi mereka apalah sangat nilainya. Kalau RM50, barulah betul. Kalau seringgit, simpan sajalah buat beli aiskrim katanya.

Sedangkan mereka tidak tahu, mungkin hanya seringgit itu sajalah yang kita ada.

Kurang RM1 pun mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Seringgit kecil. Kecil pada mata orang, namun tinggi nilainya bagi mereka yang dalam kesempitan.

Baca : Kelebihan Bersedekah Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran

Manusia di luar takkan tahu. Tuhan sahaja yang tahu. Tuhan sahajalah sebaik-baik penilai. Jadi jangan berhenti untuk bersedekah walaupun seringgit.

Allah tidak pernah menilai berapa ringgit kita lakukan sedekah atau infaq, tetapi Allah menilai tahap keikhlasan kita dalam bersedekah. Insyallah semoga Allah terima segala amalan kebaikan kita dan masukkan kita ke dalam Syurga Allah SWT.

Akhir kata, lakukanlah sebanyak mana kebaikan di dunia ini, mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan itu, penyebab kita masuk ke Syurga.

Wallahu’alam. Dah baca jangan lupa share ye. Semoga dapat manfaat <br>
<!-- start --><script src=

SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...