www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sedap semalam sengsara sehayat

0 month ago, 12-Jan-2019


KUALA LUMPUR: Jadi pasangan kekasih sehingga tamat pengajian saja.

Itu kontrak cinta yang diikat antara pasangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang kini menjadi trend membimbangkan.

Pasangan itu biasanya membuat perjanjian hanya tiga atau empat tahun saja bersama dan sepanjang tempoh berkenaan mereka akan menjalin hubungan cinta sehingga ada yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah.

Perkara berkenaan membarah dalam kalangan penuntut sejak kebelakangan ini kerana si gadis tertarik kepada teman lelaki anak orang berada untuk memenuhi cita rasa tinggi mereka.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Hati Mohamad Zaid Mohamad Shah mendedahkan trend berkenaan kebanyakannya membabitkan penuntut universiti apabila pihaknya menerima sekurang-kurangnya 20 pelajar perempuan dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu yang mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang itu.

Mohamad Zaid berkata, keadaan itu semakin berleluasa sejak dua tahun lalu.

Mereka terlanjur disebabkan ada antara teman lelaki datang daripada keluarga senang dan memberikan apa saja yang diminta oleh pelajar perempuan itu.

Sebagai ganti, mereka sanggup menyerahkan tubuh apabila diminta berbuat demikian.

Malah, mereka sanggup melakukan hubungan seks berulang kali apabila diberikan telefon bimbit atau kad tambah nilai oleh teman lelaki yang juga pelajar universiti sama, katanya ketika ditemui di rumah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, di Ampang, Selangor.

Beliau berkata, ia sekali gus melihat budaya berkenaan sudah semakin parah jika tidak dibendung segera

Selain itu, katanya, kebanyakan pelajar perempuan berkenaan akan ditinggalkan terkontang-kanting sebaik lelaki berkenaan mengetahui mereka mengandung anak luar nikah.

Dalam tempoh tiga bulan, hampir setiap hari saya menerima panggilan telefon daripada penuntut perempuan mahu mendapatkan perlindungan berikutan mengandung anak luar nikah.

Mereka datang daripada pelbagai latar belakang termasuklah ada antara mereka yang kuat agama selain baru saja melanjutkan pelajaran di universiti di ibu kota.

Kebanyakannya tidak mengamalkan langkah pencegahan dan melakukan hubungan terlarang apabila berkesempatan berbuat demikian termasuklah di dalam kereta, katanya.

Menurutnya, pelajar perempuan berkenaan sanggup menyerahkan tubuh mereka apabila berpendapat teman lelaki adalah pelajar universiti dan pasti bertanggungjawab.

Namun, rata-rata daripada mereka ditinggalkan teman lelaki malah ada antara individu berkenaan mencari pasangan lain seterusnya mengulangi perbuatan sama, katanya.

Jual tubuh untuk top up

KUALA LUMPUR: Tukar tubuh untuk kad tambah nilai RM50.

Hanya itu harga perlu dibayar teman lelaki kepada seorang penuntut sebuah universiti awam setiap kali mahu melakukan hubungan seks.

Penuntut universiti yang hanya dikenali sebagai Farah, 23, berkata, teman lelakinya yang juga rakan sekelas memberikan pelbagai hadiah termasuk telefon bimbit menyebabkan dia sanggup menyerahkan tubuh kepada lelaki berkenaan.

Teman lelaki daripada keluarga berada menyebabkan dia tiada masalah untuk memberikan apa saja yang saya minta termasuk telefon bimbit.

Pernah dia memberikan saya kad tambah nilai RM50 dan sebagai tukaran kami melakukan perbuatan keji itu di rumah sewanya, katanya.

Farah berkata, ketika disahkan hamil, teman lelakinya meminta menggugurkan kandungan malah tidak mahu bertanggungjawab jika berkeras mahu membesarkannya.

Saya tidak mempunyai pilihan apabila keluarga pula sudah buang saya kerana memalukan mereka sebelum rakan mencadangkan mendapat perlindungan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati.

Kini, pengajian saya terpaksa ditangguhkan dan tidak mengetahui nasib masa depan. Kerana kesilapan diri segala harapan musnah, katanya yang kini mendapat perlindungan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, di Ampang, Selangor.

Sementara itu, pelajar kolej yang dikenali sebagai Eka, 24, berkata perjanjian ikatan percintaan dengan rakan kolej menyebabkan dia terjerumus ke lembah maksiat.

Kami terlanjur hanya satu malam, namun peristiwa itu mengubah terus kehidupan saya menjadi kelam apabila disahkan mengandung empat bulan, katanya.

Masa depannya kini boleh dikatakan musnah apabila lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatan itu tidak mahu berbuat demikian dan membiarkan dia menguruskan segala perkara seorang diri.

Menceritakan detik hitam itu, anak sulung daripada lima beradik berkata, dia mengenali teman lelakinya kira-kira dua tahun lalu apabila melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di bandar raya ini.

Seperti biasa, apabila mula berkenalan dan serasi menyebabkan kami buat perjanjian untuk menjadi pasangan kekasih di kolej sehingga tamat belajar.

Saya sememangnya menyayanginya dan sanggup memberikan apa saja dengan pada awalnya hanya ringan-ringan dan akhirnya kami terlanjur, katanya.

Eka berkata, walaupun melakukan hubungan terlarang itu kali pertama dia disahkan mengandung awal bulan lalu ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Hampir pitam apabila mengetahui diri sudah mengandung dan lebih bermasalah lagi apabila teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab kerana ia hanyalah cinta kontrak ketika di kolej saja, katanya yang juga mendapat perlindungan di rumah berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: HM





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts