EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sebuah Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuhraya Utara-Selatan .

0 month ago, 22-Nov-2020

Sebuah Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuhraya Utara-Selatan .| Tular di media sosial gambar sebuat pesawat ringan mendarat di lebuhraya.

 

Kulai: Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini.

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

: Metro

Sebuah Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuhraya Utara-Selatan . KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...