EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sebenarnya Bohong. Ibu Pandang Pelik, Anak Lelaki Tipu Rutin Harian Di Rumah

0 month ago, 09-Jun-2021

Kebelakangan ini, trend video berkongsi rutin harian telah mendapat perhatian netizen. Selalunya ia merupakan assignment yang perlu dibuat berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan bersama ahli keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Rata-rata yang mengikuti trend sama akan menipu dalam video tersebut untuk prank ahli keluarga sendiri.

Buat assignment rutin harian di rumah

Seorang lelaki telah mengikuti trend ini dan mendapat perhatian atas keletahnya menipu mengenai rutin hariannya di rumah kepada orang ramai.

Menerusi video itu, lelaki yang lebih dikenali sebagai Erry sedang merakam sebuah video assignment bersama ibunya.

Dia telah menceritakan mengenai rutin yang dilakukan di rumah. Namun situasi itu telah mengundang dekah dua-dua beranak kerana semua kenyataan yang diberikan adalah penipuan semata-mata.

Ibunya pula dilihat kerap memberi pandangan tidak puas hati dan pelik dengan kepura-puraan anak lelakinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan penipuan lelaki itu dan reaksi kelakar yang diberikan ibunya. Ada juga yang meluahkan rasa rindu untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Muka mak dia tiap kali dia menipu. Netizen

Seronok ada ibu kelakar macam ni

Rindu dengan parents



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...