EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apa sebenarnya berlaku?

0 month ago, 25-Nov-2019

BEDAH siasat terhadap mayat pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Meru Impiana, Ipoh, mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, susulan hasil bedah siasat itu, pihaknya kembali ke lokasi kejadian untuk menyiasat semula kejadian yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan tikaman iaitu di bahagian dada mayat lelaki dan kesan sama di rusuk kiri isterinya.

Hasil bedah siasat juga mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan ada kemungkinan selepas kematian wanita itu, suaminya datang semula untuk membakar rumah, katanya yang ditemui selepas meninjau semula lokasi kejadian.

Anuar berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan penuh kes itu dan lawatan semula ke lokasi kejadian adalah untuk mendapatkan senjata dipercayai untuk menikam mangsa.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan saksi pula mendapati memang terdengar pergaduhan antara kedua-dua mangsa pada malam sebelum kejadian namun motif serta punca pertengkaran tidak diketahui.

Muka depan Harian Metro, hari ini, melaporkan pasangan suami isteri dikenali sebagai Kamal Mustafa dan Kamariah Talib, masing-masing berusia 70-an ditemui maut dalam kebakaran di unit apartmen berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Kamal yang juga warga Mesir manakala isterinya warga tempatan ditemui dalam keadaan rentung di ruang tamu dan hadapan bilik air.

Namun menjadi tanya apabila penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Kamal keluar dan membawa pulang dua tong dipercayai berisi bahan bakar manakala kenderaannya ditemui rentung 500 meter dari apartmen berkenaan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...