EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sebelum ini boleh la kalau nak buat 2 kerja sehari. Jihan tampil buka mulut dedah terpaksa berkorban demi ank.

0 month ago, 14-Feb-2020

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse mengakui dia kini tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menerima tawaran kerja yang banyak pada satu-satu masa. Jihan, 37, berkata, selepas bergelar ibu, dia perlu mempertimbangkan banyak perkara termasuklah keutamaan yang perlu diletakkan kepada anaknya.

Kalau dulu atur jadual kerja sahaja. Sekarang ini nak kena tengok jadual anak dan suami. Kalau kena masa, boleh masuk, baru boleh terima tawaran. Jika dulu boleh ambil dua job sehari, sekarang dah tak boleh. Bukan saya tak mahu buat, cuma, saya kena berkorban demi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, katanya kepada Gempak.

Jihan ditemui sewaktu sidang media program I Can See Your Voice musim ketiga yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Jelas Jihan lagi, biarpun begitu, ia bukan bermaksud dirinya kini menjadi seorang yang cukup selektif dalam menerima satu-satu tawaran yang datang.

Bukan memilih. Biasalah kita dah jadi mak-mak ini, macam tu lah. Saya di usia 30-an baru dapat anak, sebelum ini dah pulun kerja habis-habis. Inilah masanya pula nak beri sepenuh perhatian kat anak pula, ujarnya. Katanya lagi, sekarang ini, bukanlah masa untuknya merebut segala peluang yang ada di depan mata.

Sebaliknya, cukuplah sekadar dia mampu mengekalkan momentumnya untuk terus relevan dalam industri. Sudah 12 tahun saya berkecimpung dalam industri, bahkan, apa yang saya dapat pada hari ini lebih daripada apa yang saya bayangkan.

Lagipun, saya bukan jenis yang ada letak sesuatu target, tak ada apa yang nak dikejar lagi. Cuma, sekarang ini perlu kekalkan sahaja sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang, katanya. Jihan mendirikan rumah tangga dengan

pelakon Ungku Hariz pada Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berumur dua tahun. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

: Gempak

Jihan tampil dedah sesuatu tentang Abam yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini yang terjadi.

Hos dan pelawak terkenal, Jihan Muse menerusi Instagram ada menitipkan dedikasi sebagai penghormatan terakhir buat rakan, Abam Bocey yang telah pergi mengadap Illahi dua hari lalu. Menerusi perkongsian kapsyen di Instagram yang dikemas kini, ibu kepada seorang cahaya mata itu reda atas berita dukacita yang diterimanya.

Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti. Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri.

Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi s4kit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar. Seorang lagi nakhoda pergi tinggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.

Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam kita. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu, tulisnya puitis. Serentak dengan perkongsian yang sudah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka itu, para peminat turut sedekahkahkan al-Fatihah dan mengucapkan salam takzi4h buat seluruh keluarga Abam.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey pegi menghadap illahi di kediamannya di Gombak, pagi Isnin.

Abam tinggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

: MH/Slamber Media

‘Saya kasar macam lelaki’

SEJAK menyertai pertandingan Maharaja Lawak pada 2011, pelakon dan pelawak Jihan Muse sudah biasa bersaing dengan penggiat seni lelaki. Justeru, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa tidak pernah menganggap dirinya bersaing dengan mana-mana pengacara wanita termasuklah Neelofa dan rakan baiknya, Sherry Al-Hadad walaupun mereka bernaung bawah satu bumbung.

Kata Jihan sewaktu ditemui, sepanjang meneladani kerjaya sebagai pengacara dia tidak pernah tahu atau mendengar apatah lagi melihat dirinya dibanding-bandingkan dengan Neelofa dan Sherry. Perkara itu juga tidak pernah terlintas di fikirannya.

Saya duduk sebaris dengan Neelofa? Rasanya reputasi dia lebih tinggi berbanding saya. Dia berada di atas dengan statusnya sebagai artis dan ahli perniagaan wanita berjaya. Tidak mungkin saya setaraf dia. Jadi, tidak perlulah bandingkan saya dan dia.

Sherry pula seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, dia bukan saja rakan baik tetapi juga guru saya. Banyak saya belajar dengan Sherry. Melampau jika saya mahu bersaing dengan insan yang menurunkan ilmu kepada saya, katanya.

Tegas Jihan lagi, tidak wajar dirinya dibandingkan dengan Neelofa kerana corak persembahan mereka nyata jauh berbeza. Kalau penonton lihat corak atau genre program yang kami kendalikan pun boleh nampak perbezaan. Jadi, bagaimana perbandingan boleh dibuat? Apatah lagi saya bukan jenis lembut jika mengacara, kasar macam lelaki, katanya.

Menurut Jihan, corak persembahannya dikatakan kasar kerana dia banyak berguru dengan pelawak dan pengacara lelaki. Kalau ada yang mahu saya mengendalikan program dengan gaya lemah lembut memang saya tak boleh buat. Saya tahu tak akan jadi seperti mana yang dimahukan.

Lihat saja sepanjang saya menjadi pengacara, kebanyakan pasangan kerjaya saya lelaki dan secara tidak langsung jadi kasar seperti mereka, katanya. Tambah Jihan, ketika mengacarakan program Anugerah Planet Muzik sebelum ini, dia banyak bertanya dan belajar dengan Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal dan Nabil Ahmad.

Ditanya adakah satu hari nanti dia akan mengubah corak persembahan terutama program yang disiarkan stesen berkonsepkan kerohanian seperti Naura, Jihan berkata, tidak salah mencuba namun berharap pihak produksi boleh menerima gayanya.

Sebagai pengacara saya akan berusaha memenuhi konsep yang pihak produksi mahukan. Saya suka dengan program perkongsian ilmu dan sudah tentulah jika diberi tanggungjawab itu tidak boleh terikut-ikut dengan gaya penyampaian mengendalikan program hiburan. Saya kenalah ikut kesesuaian. Itulah tugas pengacara, katanya.


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...