EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Di sebalik cabaran COVID-19, SPM 2020 terbaik dalam tempoh 5 tahun

0 month ago, 10-Jun-2021

DR RADZI MD JIDIN. / Gambar fail 11 April

MESKIPUN berlangsung dalam normal baharu dan penuh cabaran akibat pandemik COVID-19, namun pencapaian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, keseluruhannya SPM 2020 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019 yang mana nilai lebih kecil menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

Menurut beliau, SPM tahun lalu juga menyaksikan jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin mengecil daripada 0.44 mata pada 2019 kepada 0.38 mata pada 2020.

Kedua-dua lokasi menjunjukkan peningkatan pada 2020 tetapi peningkatan pencapaian calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon di bandar, katanya dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Dr Radzi Md Jidin ketika membentangkan analisis keputusan SPM 2020 pada sidang media khas hari ini.

Menurut Radzi, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan peningkatan pada 2020 manakala 39 lagi turun dan satu kekal.

Katanya, untuk prestasi mata pelajaran teras, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral mencatatkan peningkatan.

Yang mencatatkan penurunan pada tahun lalu bagi mata pelajaran teras ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, jelasnya.

Sementara itu, kata Radzi, sebanyak 88.68 peratus calon layak mendapat sijil SPM pada 2020 meningkat 1.96 peratus berbanding tahun 2019.

Bagi calon berkeperluan khas pula, 68.22 peratus layak mendapat sijil SPM pada 2020 berbanding 2019 yang berjumlah 61.34 peratus.

Ini satu peningkatan sebanyak 6.88 peratus, ujarnya.

Baca artikel berkaitan: Keputusan SPM 2020 Khamis ini Dr Radzi

Tambah Radzi, slip keputusan peperiksaan SPM 2020 yang lengkap jata dengan negara dan imbasan Kod QR seperti mana tahun sebelumnya boleh dimuat turun mulai 14 Jun.

Katanya, untuk sijil SPM pula akan diedarkan secara berperingkat mulai 10 Julai.

Yang hari ini, slip keputusan peperiksaan boleh diperoleh dengan melayari laman web myresult.moe.gov.my atau menerusi SMS, katanya.

Dalam pada itu, Radzi dalam gaya tersendiri memberi tabik hormat kepada semua calon SPM 2020 kerana kohort 2020 telah melalui banyak cabaran dan rintangan.

Tidak pernah ada yang melalui seperti kohort SPM 2020. Tabik hormat pakcik kepada anak-anak.

Begitu juga kepada guru-guru, anda telah melakukan yang terbaik untuk anak-anak didik calon SPM 2020.

Tak pernah dalam sejarah kita terpaksa tutup sekolah, pembelajaran diteruskan secara PdPR. Anda sudah melakukan yang terbaik.

Bagi pihak KPM, terima kasih saya ucapkan, katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...