EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Ini sebagai pengajaran' - Perakam & penganjur majlis kenduri kepala kambing akan dihadapkan ke mahkamah

0 month ago, 21-Mar-2020


Selepas suspek mengkepala-bapakkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan, penganjur kenduri kepala kambing terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kedua-dua lelaki itu yang berusia 49 dan 60 tahun itu ditahan pada petang semalam di Langgar. 

"Kedua-dua mereka akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman (hari ini). 

"Ini adalah kes tangkapan pertama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak Rabu lalu dan ianya sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mempertikaikan tugas pihak berkuasa dalam mengekang penularan Covid-19," katanya. 

Hasil ujian saringan air kencing dua lelaki itu juga negatif dan telefon bimbit mereka turut dirampas untuk membantu siasatan. 

Difahamkan, majlis kenduri kepala kambing itu diadakan pada jam 12 tengah hari Rabu lalu yang dihadiri sekitar 25 hingga 30 orang berusia 20-an hingga 30-an yang dipercayai merupakan kenalan penganjur. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB)) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

SUMBER : viralpurba.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...