EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Sebabnya Kenapa Ramai Buka Akaun Telegram Sekarang!

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Sekarang ini aplikasi Telegram semakin mendapat perhatian ramai, apa yang membuatkan aplikasi ini dapat menarik lebih ramai orang untuk menggunakannya?

Seperti sedia maklum, aplikasi Telegram ini memang sudah lama menapak seperti aplikasi komunikasi dan media sosial yang lain cuma aplikasi ini sedikit tenggelam berbanding aplikasi yang lain.

Tetapi tahun ini Telegram bangkit dengan fungsi baru yang lebih flesibel dan menarik perhatian ramai, ini antara yang baru dalam Telegram.

IKLAN

Tukar Theme Telegram Semudah 1..2..3..

Foto Arkib Wanista

Antara salah satu tarikan yang ada pada Telegram adalah theme, di mana pengguna boleh menukar theme Telegram kepada theme gelap ataupun theme putih cerah.

Cara nak tukar sangat mudah, kamu tekan lambang matahari untuk theme cerah dan lambang bulan untuk theme gelap (lihat anak panah dalam gambar di atas).

Telefon Dan Video Kenalan Menerusi Telegram Saja

Foto Arkib Wanista

Lepas ini kalau nak menelefon kawan-kawan, ahli keluarga, mahupun rakan sekerja boleh guna Telegram, boleh jimat duit kredit kamu dan paling penting ianya sangat clear bila bercakap.

Selain itu, Telegram juga mempunyai fungsi panggilan video di mana fungsi ini dapat memudahkan apa jua tugasan yang ingin kamu lakukan bersama kenalan, ahli keluarga dan rakan sekerja.

Simpan Gambar, Video Dan Pesanan Yang Kamu Inginkan Dalam Satu Slot

Foto Arkib Wanista

Tidak seperti aplikasi yang lain, Telegram menawarkan slot khas untuk pengguna menyimpan mesej pesanan, gambar, dan video kesukaan tanpa perlu membuat chat kumpulan yang lain.

Cipta Secret Chat Kamu Sendiri

Foto Arkib Wanista

Bagi yang inginkan kumpulan rahsia sendiri bersama rakan, ahli keluarga atau kenalan yang lain, Telegram menawarkan fungsi secret chat bagi individu yang terlalu menjaga privasi.

Biasanya fungsi chat sebegini, sangat di minati oleh kaki-kaki peminat artis tempatan mahupun luar negara.

IKLAN

Simpanan Data Tanpa Had

Foto Arkib Wanista

Ramai yang suka membuat kumpulan masing-masing tetapi risau jika kapasiti aplikasi tersebut tidak mampu menampung data yang ada.

Tetapi dengan Telegram, ciptalah sebanyaknya kumpulan chat ataupun kongsikan sebanyak mana gambar, video, muzik dan mesej pesanan kerana Telegram mempunyai simpanan data tanpa had.

Sistem Privasi Dan Setting Yang Bagus

Foto Arkib Wanista

Rasanya sesiapa saja, sangat menitikberatkan tentang fungsi privasi dan setting dalam sesuatu aplikasi bukan? Nah, di Telegram segala butiran si pemilik aplikasi sangat di jaga dengan ketat.

Dengan passcode lock dan juga two-step verification, ia membuktikan bahawa Telegram sangat menjaga serta melindungi maklumat pengguna.

Fungsi Self-Destruction

Foto Arkib Wanista

Selain itu, antara sebab lain mengapa ramai kini membuka akaun Telegram ini adalah kerana fungsi pemadaman akaun secara automatik, selepas pengguna setkan tempoh bila akaun tersebut akan ditutup buat selamanya.

Fungsi sebegini sangat bagus, bagi individu yang tidak ingin menggunakan aplikasi ini kerana masalah kesihatan atau disebabkan faktor lain.

Tak hairanlah aplikasi Telegram kian mendapat tempat dalam pengguna media sosial, dengan fungsi yang baharu beserta sistem yang menjaga privasi pengguna membuatkan Telegram digemari ramai.



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...