EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Sebab TV Sepanyol Guna Huruf Kecil kos, Konflik Politik Mirip Sepanyol-Catalonio-Basque

0 month ago, 03-Apr-2021

Sepanyol menang 3-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Rabu lalu. Dan ianya diwarnai kontroversi apabila beberapa syarikat penerbitan di Sepanyol enggan mencetak nama negara lawan mereka di dalam laporan. Malah syarikat penyiaran sukan, TVE telah menggunakan huruf kecil untuk kependekan kos di sebelah ESP seperti mana prosedur biasa.

Menurut protokol FIFA, kependekan nama negara haruslah huruf besar. Namun untuk kali ini, Sepanyol ternyata telah membawa masuk unsur unsur politik ke lapangan bola sepak.

Sepanyol enggan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo yang sebelum ini telah memutuskan untuk keluar daripada pemerintahan Sepanyol sama seperti wilayah Catalonia dan Basque.

Konflik di antara etnik Albania dan Serb berakhir pada 1999, Kosovo telah diiktiraf sebagai wilayah autonomi Serbia. Namun berpisah secara rasmi pada 2008.

Pada 2016, FIFA dan UEFA mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara merdeka dan negara Balkan itu akhirnya bebas untuk menyertai mana mana pertandingan di bawah seliaan mereka.

Sepanyol bukan satu satunya negara yang tidak mengiktiraf. Kerana ada beberapa negara lain berpendirian serupa termasuk China, Rusia, Greece, Slovakia dan Romania.

Pengulas tv Sepanyol malah menggunakan perkataan wilayah ataupu pasikan daripada kesatuan Kosovo bukannya negara Kosovo. Ini kerana FA Sepanyol sendiri memanggil Kosovo sebagai wilayah Kosovo bukannya negara Kosovo.

Namun pemain pemain Kosovo tetap mampu menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka dan melihat bendera mereka dikibarkan di dalam stadium.

Media Kosovo sebelum ini melaporkan bahawa, negara tersebut akan keluar padang dan memboikot aksi itu serta merta jika Sepanyol enggan memutarkan lagu kebangsaan mereka ataupun tidak mengibarkan bendera mereka.

Sebelum perlawanan, wartawan Sepanyol enggan menyebut nama Kosovo ataupun jurulatih negara Kosovo. Itu yang membuatkan jurulatih Kosovo berkata: Kerana kami tak nampak media kamu menulis nama negara kami, tak pernah langsung. Cuba cakap saya jurulatih pasukan mana?

MUST WATCH: A priceless moment from the European Qualifiers conference. #Kosovo team official forces Spanish journalist to recognize Kosovo. ??????????

The controversy stems from Spains designation of Kosovo as a territory. pic.twitter.com/Z3CpdoEYJ3

Team Albanians (@TeamAlbanians) March 31, 2021

Selepas beberapa ketika barulah seorang wartawan menjawab.. dari Kosovo

Kosovo malah meminta jaminan daripada UEFA memberikan perlindungan sama dengan 54 pasukan negara lain termasuk Sepanyol.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...