EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sebab Sebenar Virtual Reality Buat Orang Pening

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Virtual reality (VR) atau pun dalam bahasa Melayu disebut sebagai realiti maya merupakan persekitaran yang dihasilkan oleh komputer dan boleh dilihat oleh kita melalui komputer atau menggunakan paparan stereoskop khas. Rasanya ramai yangfamiliar dengan VR sebab benda ni pernah famous kejap beberapa tahun lepas. Benda baru diperkenalkan mesti lah hype sikit masa tu. Tapi semasa diperkenalkan, ramai juga yang cakap VR tu buatkan pengguna berasapening. Sampai sekarang pun masih lagi ada yang cakap VR buat merekarasa pening. Bila dah pening terus jadi tak berapa seronok nak main dengan VR ni. Jadi apa sebabnya VR ni boleh buat orang pening?

Realiti maya dilihat sebagai satu puncak kemajuan dalam dunia teknologi, tetapi satu perkara yang membuatkan ianya kurang digemari adalah kesannya terhadap keselesaan pengguna. Macam mana nak selesa kalau lepas pakai je rasa pening. Kesan pening kepala ini juga disebut sebagai cybersickness. Orang yang mengalami kesan sampingan ini selepas terdedah kepada VR akan menunjukkan gejala seperti mual dan muntah, rasa tidak selesa, pening kepada, serta keletihan. Bagaimanapun, gejala ini bergantung kepada faktor-faktor lain juga seperti jantina, tahap stress individu, dan juga tempoh penggunaan VR itu sendiri. Kalau kesannya teruk, mereka yang menggunakannya boleh rasa pening selama empat jam.

Sebab Sebenar Virtual Reality Buat Orang Pening

Para penyelidik telah mengemukakan beberapa teori untuk menjelaskan kenapa VR ni boleh buat orang pening kepala. Dikatakan ketika otak kita (mata kita) menerima maklumat visual yang lain daripada persekitaran sebenar, tubuh kita merasakan seperti tidak berada dalam persekitaran yang dilihat oleh mata kita. Contohnya dalam VR tu kita lihat diri kita sedang berada di satu bangunan yang tinggi, tapi badan kita tak merasakan seperti itu. Jadi disebabkan terdapat maklumat yang tidak seragam yang diterima secara visual dan sensor, maka ia membuatkan kita rasa pening.

Satu lagi teori yang dikaitkan dengan situasi ini adalah model neural mismatch yang mengatakan bahawa bahagian simpanan neural kita sudah pun mengandungi maklumat tentang pengalaman persekitaran kita. Sekiranya deria kita menerima maklumat yang lain daripada pengalaman kita sebelum ini, kita akan rasa pening. Contohnya seperti VR yang menunjukkan kita berada di bangunan tinggi tadi. Kalau sebelum ni kita dah pernah ada pengalaman berada di bangunan tinggi, tapi bila guna VR lain pula rasanya dari pengalaman sebenar, jadi ia akan mengelirukan sensor dan otak kita, dan seterusnya membuatkan kita berasa pening.

Tapi ada juga mereka yang menggunakannya tidak mempunyai kesan seperti pening kepala. Apa-apa pun, walaupun seronok bermain dengan VR, biladah peningtu memang rasa tak nak main lagidah.

Baca juga artikel menarik lain:

Wanita Hadir Ke Perkahwinan Bekas Suami Selepas Sebulan Bercerai Untuk Buktikan Kekuatan Diri

Kekuatan Luar Biasa ‘Hercules’ Asia!

Sebab Sebenar 'Virtual Reality' Buat Orang Pening first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my



Live Website Traffic


loading...