EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Sebab tu outside food tak boleh bawa masuk'

0 month ago, 10-Oct-2019


"Korang makan kat rumah memang macam ni ke weh?" demikian reaksi seorang pengguna Twitter apabila mendapati panggung wayang yang dikunjunginya bersepah dengan kulit kuaci yang ditinggalkan. 

Tidak dinyatakan di mana lokasi dan tarikh kejadian tetapi perkara itu benar-benar membuatkan Hidan berasa kecewa dengan sikap individu terbabit yang jelas sekali tidak bertanggungjawab. 

"Sebab itulah outside food tak boleh bawa masuk. Contohnya macam ni ha. Bila (staff) nak check beg, 'Privacy, mana boleh check'. Kuaci tu la privacy kau," tulisnya. 

Isu itu turut menarik perhatian netizen lain yang turut menyelar tindakan individu terbabit tiada kesedaran sivik. 


: Hidan

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...