EdisiViral.Com Search Guest Post Login

6 Sebab Anda Disyorkan Menanam Durian Musang King (D197)

0 month ago, 13-Aug-2019


Ramai yang tanya saya apa jenis durian yang paling sedap untuk ditanam. Tentulah durian Musang King atau kod pendaftarannya D197.

Klon durian ini wajib ditanam oleh sesiapa sahaja sama ada yang baru berjinak-jinak menanam durian ataupun penanam amatur.

Tapi apa yang special sangat dengan durian ni sehingga digelar 'raja' segala durian. Jom ketahui 6 sebab kenapa anda wajib tanam durian Musang King ni.

6 Sebab Anda Disyorkan Menanam Durian Musang King (D197)

1. Harga tinggi di pasaran tempatan - RM50 - RM100 Sekilogram

Semasa saya bekerja di Pulau Pinang, saya teringin sangat nak makan durian Musang King, walaupun harganya RM60 sekilo, saya sanggup membelinya dengan seorang apek cina penjual durian di Mount Erskine. Bayangkan jika dia menjual 50 biji sehari dengan anggaran 2kg berat sebiji. Kiralah sendiri pendapatannya.

2. Harga tinggi di pasaran luar negara seperti China - mencecah RM800 sekilo di pasaran Hong Kong

China merupakan negara yang mempunyai penduduk paling ramai didunia iaitu 1.404 billion. Cuba bandingkan pendnduk Malaysia yang hanya ada 36 billion je. Pasaran durian Musang King di sana terlalu luas untuk diterokai. Rata-rata penduduk China suka makan durian.

3. Boleh dieksport ke negara maju seperti Singapura, China, Australia, Hong Kong dan lain-lain.

Nilai eksport durian ke China pada tahun 2019 dijangka RM500 juta setahun, menurut laporan akhbar Utusan online. Korang boleh baca artikel penuh di sini. Ini tidak termasuk ke negara maju lain yang saya sebutkan diatas. Permintaan durian musang king masih tidak mencukupi sehingga kini.

4. Boleh dieksport dalam 3 bentuk iaitu sebiji, pulp atau ulas sahaja dan pes.

Durian musang king bukan sahaja boleh dieksport dalam bentuk buah tetapi juga dalam bentuk pes dan ulas. Cara ini lebih baik dan memudahkan penjual untuk menjual durian musang king.

5. Potensi hasil yang lebih tinggi. 

Durian musang king boleh mengeluarkan buah dua kali dalam setahun sebanyak 90 hingga  130 buah atau 150 ke 170 KG sepokok bergantung pada penjagaan dan pembajaan.

6. Potensi produk hiliran (dalam bentuk proses) yang lebih pelbagai berbanding dengan produk lain.

Ini kerana durian musang king lebih sedap dan lebih tahan lama, iaitu buahnya lambat merekah berbanding dengan durian lain menyebabkan klon ini amat baik untuk dikomersialkan.

Semoga bermanfaat. Nak dapatkan benih durian Musang King terbaik dan pastinya ori, boleh hubungi saya melalui whatsapp di 014-3016212. Penghantaran seluruh Malaysia.

Kredit: Fama via myinfoberita.blogspot.com


Live Website Traffic





www.edisiviral.com