www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Amy Search menyamar di MRT Jakarta, ramai peminat teruja nyanyikan lagu Isabella

0 month ago, 16-Apr-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amy Search membuat kejutan buat peminatnya di Indonesia apabila muncul membuat persembahan secara busking di stesen MRT Hotel Indonesia (HI), Jakarta pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik Bernama di Youtube, Amy, 61, pada awalnya menyamar sebagai salah seorang penonton dengan memakai jambang dan misai palsu.

Amy membuat kejutan kepada peminatnya dengan menyanyikan lagu Isabella ketika pemain gitar Indonesia, Andre Dinuth bersama kumpulan busking memanggilnya ke hadapan.

Suasana di MRT itu meriah dipenuhi dengan penonton yang ingin menyaksikan persembahannya dalam program Busking in MRT with Amy Search.

Aksi penyamaran berkenaan sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan untuk mempromosikan perkhidmatan MRT Jakarta yang dilancarkan minggu lalu kepada masyarakat di sana.

Jujurnya, saya cukup rasa terharu kerana lagu itu masih diingati hingga kini. Impak Isabella sangat kuat dan begitu bermakna terhadap kerjaya saya dan Search.

Isabella juga boleh saya katakan menjadi lambang cinta dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia, yang teguh hingga kini. Apatah lagi, negara kita dan Indonesia bagaikan bersaudara, Amy Search

Penyanyi rock terkenal itu merupakan artis pertama yang mengadakan persembahan busker di MRT baharu yang mula beroperasi secara rasmi pada 24 Mac lalu.

Amy Search sememangnya mempunyai nama besar di negara berkenaan berikutan kejayaan lagu Isabella yang mencipta fenomena sekitar akhir 1980-an.

Amy juga berkongsi beberapa video ketika dia menyampaikan lagu popularnya itu dalam gerabak tren di mana kelihatan penumpang turut menyanyi bersama.





SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts