EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#SEAGames2019fail jadi trending

0 month ago, 04-Dec-2019

TANDA pagar #SEAGames2019fail menjadi trending di media sosial susulan pelbagai kontroversi melanda penganjuran Sukan Sea ke-30 di Filipina.

Setakat jam 9 malam tadi ia mendapat ulang ciap lebih 38,000 dengan pelbagai perkongsian gambar, komen dan video berkisar pelbagai isu timbul termasuk makanan halal, venue tidak siap dan kelewatan proses di lapangan terbang.

Namun, fokus utama masih kepada isu berkaitan pesilat Malaysia, Muhammad Faizul M Nasir yang cedera ketika bertarung dengan atlet Filipina, Dines Dumaan dalam acara pencak silat Kelas B semalam.

Kontroversi berlaku apabila Muhammad Faizul yang juga penyandang juara pada edisi 2017 di Kuala Lumpur ditendang lawannya pada muka ketika jatuh pada pusingan kedua, menyebabkan dia terus terbaring sambil memegang kepala kesakitan.

Selepas kiraan detik oleh juri berakhir, kemenangan 5-0 diberikan kepada pesilat tuan rumah sedangkan atlet Malaysia masih terbaring dan tidak diberi rawatan segera pasukan perubatan. Tindakan lewat sekretariat pertandingan memberi rawatan kepada Mohd Faizul nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak apabila video tular di media sosial.

Seorang pengguna Twitter, Daniel O'neal berkata, tiada guna mempunyai doktor bertugas di tepi gelanggang jika tidak melakukan tindakan segera.

Bagi Nazyha Aqeela masih banyak perlu dipelajari Filipina bagi menganjurkan acara sukan. "Filipina sepatutnya belajar lebih banyak lagi bagaimana untuk menguruskan acara sukan," katanya. Selain itu video pemain bola sepak Filipina, Justin Baas yang menepuk bahu pemain negara dengan kasar turut menerima kecaman pengguna Twitter. Video berkenaan ditonton 49,800 pengguna Twitter.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...