EdisiViral.Com Search Guest Post Login

SCL2019: Puchong Fuerza Menang Selesa Keatas Kingstown Klang

0 month ago, 12-Oct-2019

Puchong Fuerza Gamestop FC merakamkan kemenangan sulung dengan penuh bergaya selepas menundukkan pasukan himpunan nama besar, Kingstown Klang FC 3-0 pada aksi kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Juara bertahan itu sebelum ini hanya meraih dua mata daripada dua perlawanan yang dilalui iaitu bertemu Bangi Jangs Trooper dan SA PIB FC manakala Kingstown Klang FC pula mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi minggu lalu [menentang Bangi Jangs Trooper].

Muhammad Asnan menggembirakan kem Puchong Fuerza Gamestop FC pada minit ke-20 selepas tandukannya hasil hantaran lintang oleh Mohd Dzaiddin Zainudin berjaya membolosi gawang Kingstown Klang FC yang dikawal Md Azri Md Arus.

Kelebihan satu jaringan itu kekal hingga tamat aksi 35 minit pertama dan pemain import, Kwofie Hans cemerlang untuk menambah dua lagi jaringan pada babak kedua.

Pemain import kelahiran Ghana itu bijak menyempurnakan peluang hasil umpanan dilakukan pemain sayap kanan, Dirga Surdi bagi menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-45.

Berselang empat minit kemudian, Kwofie sekali lagi menemui sentuhan jaringan berpunca daripada umpanan cantik dari jauh dilakukan Asnan untuk perlawanan berkesudahan 3-0 memihak Puchong Fuerza Gamestop FC.

Pemain terbaik perlawanan: Kwofie Hans (Puchong Fuerza Gamestop FC)


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...