www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


2,000 Ke Ibu Kota Demi Sayangkan Islam

0 month ago, 07-Dec-2018


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN Demi sayangkan Islam, seramai lebih 2,000 orang warga Dewan Undangan Nege (DUN) Rantau Abang akan berhimpun bersama rakyat Malaysia dalam Himpunan Aman Bantah ICERD di Dataran Merdeka.

Ketua Penerangan DUN, Tuan Shafie Tuan Agil berkata kehadiran di Dataran Merdeka pada 8 Disember nanti sebagai tanda menolak ICERD habis-habisan.

Agama Islam wajib dipertahankan, himpunan ini untuk memartabatkan agama,

bangsa,bahasa dan tanah air kita, untuk jangka masa panjang, generasi akan datang, ujar beliau.

Shafie yang dihubungi di sini pada 6 Disember, berkata demikian apabila diminta mengulas kehadiran peserta-peserta DUN tersebut ke perhimpunan yang akan diadakan pada 8 Disember nanti

Dijangkakan sebanyak 10 buah bas yang telah disewa, ada yang pergi dengan kereta, van dan pergi lebih awal dengan menaiki bas, setakat yang kita dimaklumkan, jelas beliau.

Menurutnya lagi kesemua 28 cawangan yang melibatkan 20 orang ahli jawatankuasa tidak ketinggalan untuk turut sama berhimpun.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts