www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sayang Foto Ni Nampak Mama Gemuk- Komen Almy Nadia Tapi Ini Jawapan Sweet Fizz Fairuz

0 month ago, 12-Jan-2019


Please follow and like us:

1

Pelakon Datin Almy Nadia tidak puas hati dengan foto dimuat naik suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang menampakkan bentuk badannya berisi.

Almy menyuarakan isi hatinya menerusi ruangan komen di akaun Instagram Fizz semalam.

Sayang gambar ni nampak mama gemuk, tak baik tau. Eeeee, Ariana la ni buat lawak, komennya.

Namun apa yang menarik adalah balasan komen yang diberikan oleh Fizz kepada isterinya itu sungguh manis.

@fizzalmy rilex, ini gambar sebelum treatment pantang, now dah lain okay, tulisnya.

Melihat komen tersebut, rata-rata peminatnya terharu melihat layanan Fizz terhadap isterinya dan mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

@fizzalmy gemuk tetap suami sayang kak Happy for u Selamat slim later, tulis @intan.cida

@fizzalmy @fizzfairuzofficial janji keluarga bahagia dan suami sayang isteri Suami tak komplen pon gemuk Sama-sama berpadu bersemngat dan bagi dorongan kat isteri Tak macam my hubby kata gemuk perut buncit!! Uwawa, komen @syahara_sya_mukhtar

Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, Aurora, 1 dan Nurafrina Ayra yang dilahirkan pada Disember lalu.

Foto: Instagram @fizzfairuzofficial

: Gempak

Belum Habis Pantang, Anak Kedua Almy Nadia Pula Dijangkiti Influenza A

Pelakon dan isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia memohon kepada semua pihak untuk mendoakan anak keduanya, Aurora kembali sihat seperti biasa.

Menerusi entri di Instagram milik Almy, dia memberitahu Aurora terpaksa dikuarantin sehingga sihat akibat demam Influenza A.

Almy yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 15 Disember lalu, memberitahu Fizz pula terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Celebfest pada keesokkan harinya.

Tolong doakan my princess aurora cepat sembuh..Demam influenza A..kuarantin jawabnya.

Esok papanya nak gi Singapore untuk celebfest pulak.

Nasib mama dah kuat syukur alhamdulillah..Doakan anak mama cepat sembuh ya semua, tulis Almy.

Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Almy meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aurora segera sembuh.

Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Arianna, Aurora dan Nurafrina Ayra.

: Gempak




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts