EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Arab Saudi Banyak Mengajar Malaysia Siti Nurfaizah

0 month ago, 19-Sep-2023

Pemain skuad wanita Malaysia, Siti Nufaizah Saidin mengakui skuad wanita Arab Saudi banyak mengajar mereka semalam.

Aksi pertama Kumpulan A Womens International Friendly semalam menyaksikan skuad negara diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah.

Biarpun hanya meraih satu mata, kesungguhan yang ditampilkan tuan rumah patut diberi pujian. Dan itu diharap dapat digunakan Malayan Tigress bila menentang Pakistan pada 21 September ini.

“Saya pasti (dalam) game (perlawanan), kita banyak belajar dari Arab Saudi malam ini. Dan saya akan pastikan team (pasukan) kita akan jadi lebih baik dan tingkatkan prestasi untuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada laman media rasmi FAM.

????Dengarkan komen pemain skuad Malayan Tigress, Siti Nurfaizah selepas aksi sulung Kejohanan Womens International Friendly menentang tuan rumah, Arab Saudi berakhir dengan keputusan seri 0-0, malam tadi. #FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/Vr6oUglnAG

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 18, 2023

Keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata dalam Kumpulan A. Peluang terbaik skuad negara untuk layak ke separuh akhir ialah dengan meraih kemenangan ke atas Pakistan.




SUMBER : makanbola.com