EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Ibu saudara isteri meninggal, bukan ibu kandung saya'

0 month ago, 25-Nov-2019

PENYANYI, Lan Solo menjelaskan bahawa 'Mama' yang meninggal dunia seperti dikongsikan dalam Facebook miliknya semalam bukanlah ibu kandungnya, sebaliknya ibu saudara kepada isterinya, Nur Sheila Hassim.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Allahyarhamah Rosiyah Mad Ali menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.

"Saya panggilnya Mama kerana dia sangat rapat dengan kami sekeluarga terutamanya Sheila. Sebelum kahwin pun, Sheila memang rapat dengan arwah.

"Setiap kali Sheila sakit atau bersalin, Mama yang akan jaga dan luangkan banyak masa," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, Rosiyah sebelum ini berada dalam keadaan baik sebelum diserang angin ahmar pada Isnin minggu lalu.

"Pada hari kedua, dia diserang angin ahmar, mengakibatkan separuh badannya tidak dapat berfungsi. Pada hari kedua, dia sekali lagi diserang angin ahmar dan kali ini, doktor sahkan dia diserang angin ahmar.

"Doktor cuba menggunakan bantuan mesin, namun doktor maklumkan bahawa otaknya sudah 95 peratus rosak," katanya.

Rosiyah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.05 petang semalam di Hospital Serdang dan dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...