EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Satwo Muncul Dengan Single Gelap, Berkisar Tentang Seseorang Yang Dihantui Kisah Silam

0 month ago, 08-Jun-2021

Pada 6 Ogos 2020, Satwo telah memperkenalkan diri mereka kepada dunia dengan singledebutmereka Untok Kita, sebuah lagu yang mengangkat genrefolk rock/psych popyang menjadi sebahagian daripadabrandkumpulan mereka.

Single tersebut telah mengundang pelbagai pertanyaan dan minat daripada pendengar-pendengar muzik Malaysia yang mendengarnya buat pertama kali; siapakah kumpulan baru ini yang mendendangkan melodi dan irama yang mistik dan berhantu? Bunyi mereka sememangnya sesuatu yangfreshdan jarang didengari.

Kini mereka sekali lagi menghantui dunia muzik dengan single kedua mereka yang berjudul Gelap yang merupakan sebuah lagu tentang seseorang yang dihantui kisah silamnya dan ingin keluar mencari sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.

Di hujung lagu kita dapati beliau telahpun menemui cahaya di hujung terowong kata Rafiz, separuh daripada Satwo, yang juga merupakan gitaris dan vokalis mereka.

Gelap adalah di antara lagu kegemaran saya waktu mereka menghantar demo pertama mereka kepada saya dahulu. Kuat hati saya merasakan bahawa lagu ini bakal hit.

Lagu ini adalah di antara sebab saya menawarkan diri menjadi produser album mereka kata Ilham Pitahati, produser album Satwo yang bakal muncul pada tahun ini.

Antara ciri-ciri unik yang ada pada muzik Satwo adalah pembawakan vokal mereka di mana vokal utama Rafiz sentiasa diiringi vokal harmoni danad liboleh Maz, pianis dan vokalis kedua mereka.

Hasilnya adalah suatu pameran suara yang mencerminkan keakraban, kebersatuan dan harmoni dalam hubungan mereka berdua, dan perkara ini jelas sekali dalam Gelap.

Di sini boleh dilihat bagaimana kehidupan mencerminkan seni, dan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri telah mencerminkan karya mereka.

Sebagai kumpulan yang hanya mempunyai dua orang ahli utama, mereka juga mempunyai kesenangan dan kebebasan untuk berkolaborasi dengan pelbagai jenis musisi mengikut kepada citarasa mereka dan kesesuaian pada lagu.

Untuk Gelap, mereka telah meminjam bakat daripada beberapa musisi hebat iaitu; Aidil Azali (Iqbal M.) untuk drum, Masrin (Pitahati) untuk bass, Zahar dan Hidayat (Pitahati) untuk gitar. Terdapat juga bunyi-bunyisynthesizeryang merupakan kerjasama antara Ilham dan Maz.

Kata mereka juga, idea ini tercetus apabila Ilham memberi tugasan kepada mereka supaya menyiapkan empat lagu baru dalam masa seminggu. Namun mereka hanya mendapat idea satu hari sebelum menghantar demo mereka kepada Luncai Emas.

Dalam keadaan tertekanlah lagu ini terlahir. Idea untuk lagu ini bermula dengan sebuah ukulele yang dimainkan Maz dalam gaya koboi yang menjadihookutama lagu ini, dan kini telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih dahsyat.

Pelancaran lagu Gelap disertai dengan sebuah video muzik arahan Ameer Syafiq. Penggambaran video ini telah berlangsung di Mossy Forest, Cameron Highlands dan Taman Melawati. Video ini adalah terbitan Luncai Emas dan boleh didapati di saluran YouTube Luncai Emas.

Gelap adalah satu daripada sepuluh buah lagu di dalam album mereka yang dijangka akan dirilis hujung tahun ini. Muzik Satwo boleh didengari di pelbagai platform streaming termasuk Spotify, JOOX, Deezer, Apple Music dan lain-lain. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...