EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Alif Satar positif COVID-19, Zulin Aziz antara kontak rapat turut jalani kuarantin wajib

0 month ago, 22-Nov-2020

Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani proses kuarantin.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya, Alif menyatakan telah menjalani beberapa siri ujian saringan dan kali terakhir ialah pada 21 November (Jumaat) lalu.

“Perkara pertama terlintas difikiran apabila mendapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri, anak-anak, rakan-rakan di set penggambaran serta kontak rapat yang pernah berjumpa dengan Alif, katanya.

Sebagai membantu pihak berwajib, Alif telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kontak rapat yang dikenalpasti dalam tempoh 14 hari.

“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini. Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

“Alif doakan agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan” katanya diakhir perkongsiannya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pelakon Zulin Aziz yang merupakan salah seorang kontak rapat Alif turut melalui proses ujian saringan dan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Berita terbabit disampaikan Zulin menerusi laman sosial Instagramnya

“Dengan ini saya memohon maaf kepada penerbit dan pihak-pihak lain yang sepatutnya saya perlu bekerjasama dalam tugasan, telemovie dan ‘talk show’.

“Saya terpaksa membatalkannya kerana perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari dirumah.

“Saya mohon doa kalian agar kami semua dilindungi dari wabak covid ini dan semoga rakan Alif Satar diberi kesembuhan. Doakan kami, tulis Zulin.

Zulin turut menitipkan pesanan terhadap para pengikutnya agar terus menjaga Standard Operating Procedure (SOP).

“Jangan keluar jika tidak ada keperluan. Juga sentiasa amalkan pemakaian ‘face mask’ dan ‘sanitizer’, kongsinya.

Kami warga kerja di portal The Malaya Post mendoakan agar Alif Satar cepat sembuh dan semoga seluruh ahli keluarganga terhindar dari jangkitan pandemik ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Alif Satar positif COVID-19, Zulin Aziz antara kontak rapat turut jalani kuarantin wajib The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...