EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Alif Satar Disahkan Positif Covid-19

0 month ago, 22-Nov-2020

Selebriti versatil, Alif Satar hari ini memaklumkan kepada peminat dan orang ramai bahawa dia baru sahaja disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dikongsikan Alif menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya. Menurut Alif, sepanjang menjalani penggambaran, dia telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan dan sentiasa disahkan negatif.

Namun keputusan yang baru diterimanya hari ini menunjukkan pengacara Big Stage itu telah disahkan positif COVID-19.

“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. ” tulis Alif di laman Instagramnya.

Dalam pada sama, Aliff turut memohon orang ramai untuk mendoakannya agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi ujian ini.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini,

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan” tulis nya lagi.

Terdahulu Alif telah membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pada Jumaat lalu bertempat di  Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam

Kami doakan semoga urusan Alif dipermudahkan dan segera sihat. Amin..



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...