EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sarawak terima 380,000 dos vaksin Sinovac Uggah

0 month ago, 09-Jun-2021

Sarawak dapat melaksanakan program imunisasi COVID-19 secara lebih menyeluruh dengan ketibaan sejumlah 380,000 dos vaksin jenama Sinovac hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata bekalan vaksin itu diterbangkan khas menggunakan pesawat MASkargo yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pada jam 12. 20 tengah hari tadi.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, kerajaan negeri melakukan perancangan menyeluruh untuk menggunakan sepenuhnya peningkatan bekalan vaksin

Menurutnya, rancangan tersebut temasuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi di fasiliti kerajaan, klinik dan hospital swasta serta menubuhkan pasukan bergerak vaksinuntuk memasuki kawasan pedalamandi negeri itu.

Kami mengenal pasti 130 klinik dan hospital kerajaan dengan keupayaan vaksinasi hariandijangka mencecah24,300 dos serta penubuhan102 pusat vaksinasi awammelibatkan stadium, dewan masyarakat, pejabat dan rumah panjang dengan sasaran harian 42,500 dos, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas penglibatan sektor swasta dalam proses imunisasi, Uggah berkatakerajaanmendapat khidmat 42 klinik swastamemberi suntikan vaksin dengan 40 klinik sudahmemberi perkhidmatan tersebutdan lebihbanyak klink dalam proses pendaftaran

Bagi hospital swasta, enam lagiditambahkepada lima yang sudah mula memberi suntikan vaksin. Secara keseluruhan, kapasitipemberian vaksinmenerusi hospital swastaadalah antara 5,000 hingga 7,000 dos sehari, katanya.

: Bernama



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...