EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PRN Sarawak: GPS umum calon 4 Dis

0 month ago, 25-Nov-2021



PETALING JAYA: Parti Gabungan Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu pada 4 Dis nanti.

Pengerusinya Abang Johari Openg berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan penetapan tarikh 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak.

Kita memang sudah menjangka hari pengundian akan diadakan sebelum sambutan Hari Krismas, katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, susulan penetapan tarikh itu, GPS kini perlu memperkemaskan persiapan mereka bagi menghadapi PRN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis depan.

Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh untuk penamaan calon pada 6 Dis, manakala undi awal pada 14 Dis.



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...