EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kini Sarat Hamil Lima Bulan, Scha Alyahya Tayang Baby Bump Buat Peminat

0 month ago, 19-Nov-2020

Rezeki PKP, begitulah yang diungkapkan oleh Scha dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya baru-baru ini. Kini sarat hamil lima bulan, Scha yang juga isteri kepada personaliti TV Awal Ashaari mengakui perjalanan kehamilan kali ini tidak mudah kerana terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) pada Januari lalu.

Mengakui tidak segan mengakui kehamilan kedua ini merupakan rezeki gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Scha nampaknya sudah menunjukkan pesona ibu mengandung apabila dia tampil memperlihatkan ‘baby bump’ kepada peminat menerusi entri Instagramnnya yang terbaru.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya)

Jika sebelum ini peminat sering tertunggu-tunggu kandungan Scha seperti ibu-ibu mengandung yang lain sehingga timbul spekulasi bahawa pelakon ini bakal menyambut cahaya mata lelaki.

Tampil cantk memakai baju berona putih, Scha akhirnya tampil berkongsi sekeping gambar semata-mata untuk tidak mahu menghampakan permintaan peminatnya.

Di ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen memuji kecantikan Scha Alyahya yang semakin berseri sejak berbadan dua serta mendoakan kesejahteraan ibu dan anak dalam kandungan.





Live Website Traffic


loading...