EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sarat 8 Bulan, Kelakuan Fazura Mengeejutkan Buat Suami Bimbang

0 month ago, 12-Sep-2020

Usia kandungan kini mencecah lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata sulung dijangka bulan depan, Fattah Amin meluahkan rasa bimbang dengan sikap isterinya, Fazura yang masih kuat bekerja.

Menurut Fattah, meskipun tidak boleh menghalang namun dia akan sentiasa bersama Fazura bagi memastikan keadaan isteri dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Saya tengok dia pun jadi kesian sebab dia sangat rajin bekerja. Saya tak boleh nak stop dia tapi apa yang pasti saya kena sentiasa bersama dengan dia, katanya kepada Astro Gempak.

Fattah memberitahu mereka baru sahaja membeli barangan bayi. Ujarnya lagi, dia juga ada membuat sedikit kajian sebagai persediaan menantikan kelahiran anak sulung.

Ye kami baru je beli barang bayi, sambil-sambil nak bersedia ke hospital tu. Saya juga dah mula buat sedikit research, tanya-tanya keluarga mana yang patut, katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada nama bayi sudah pun dipilih, Fattah mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi perkara itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: Rotikaya


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...