EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

YDP Saran Kerusi DUN Ditambah

1 month ago, 10-Aug-2020

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU Walaupun kerajaan negeri belum bagi komitmen, selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyarankan agar kerusi DUN di negeri ini ditambah.

Dato Haji Yahaya Ali berkata, sudah tiba masanya pertambahan tersebut dilaksanakan.

Walaupun kita tak menunggu tempoh kajian persempadanan kawasan pilihanraya pada setiap lapan tahun oleh pihak SPR, sebenarnya kita boleh mengambil pendekatan lain sebagaimana yang dilakukan di negeri Sabah, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual di konti Manis FM pada Khamis, 8 Ogos.

Menurutnya, DUN di negeri Sabah telah meluluskan 13 kerusi daripada 60 menjadi 73 kerusi.

Tetapi pertambahan kerusi tidak boleh berlaku secara sewenang-wenangnya. Yang pertama mereka mesti meminda Undang-Undang Tubuh, kalau di negeri ini di panggil Undang-Undang Diri Bagi Kerajaan Negeri Terengganu dari segi bilangan ADUN. Keduanya bilangan yang hendak ditambah mesti mengambil kira cadangan dari pihak SPR. Dan pada akhirnya ia perlu dibawa dan mendapat kelulusan dari pihak Parlimen, tambahnya.

Dato Yahaya menambah, sudah tiba masanya kajian lebih bersungguh dibuat oleh kerana negeri Terengganu yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat.

Dulu satu kawasan DUN hanya belas-belas ribu sahaja tapi sekarang ni kita ada kadang-kadang sampai 30, 000, 40, 000, 50, 000 dalam satu DUN.

Jadi tujuan asal diwujudkan kawasan pilihanraya bagi memastikan seorang wakil rakyat boleh berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat di kawasannya.

Tapi dengan bilangan rakyat dan pengundi yang ramai sudah tentulah mereka tidak dapat berkhidmat secara lebih berkesan, jelas Dato Yahaya.

Di negeri Terengganu mempunyai lapan parlimen, 32 DUN dan penambahan satu kerusi yang dilantik iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...