EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak sangka Abam beli byk siput sedut utk kenduri tahlil diri sendiri. Ali Puteh sediakan siput sedut yg Abam mengidam dijadikan menu utama majlis tahlil Abam

0 month ago, 13-Feb-2020

Sebelum pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam, Abam ada menyampaikan hasrat kepada kakak sulungnya  Sharifah Norwahidah untuk mengadakan majlis makan-makan bersama ahli keluarga berikutan sudah beberapa hari tidak mepunyai selera makan kerana demam.

Hasrat disampaikan kepada kakak

Abam juga sudah membeli lima kilogram siput sedut dan sotong bagi tujuan itu, namun hasratnya hanya tinggal mimpi selepas dia disahkan pergi buat selamanya pada pagi Isnin.

Gulai siput sedut yang Abam mahu

Dia yang teringin makan gulai siput sedut bersama batang keladi tidak dapat merasa juadah tersebut apabila dijemput Illahi lebih awal. Oleh sebab itu, semasa kenduri tahlil untuk Abam, keluarga pelawak tersebut telah memasak kesemua juadah

yang dimahukan Abam untuk majlis makan-makan yang tidak berjaya dibuat. Adiknya, Ali Puteh telah memasak juadah itu sendiri dan menjamu orang ramai yang hadir di kenduri pada malam semalam di kediaman keluarga mereka.

Jamu orang ramai makan lauk kenduri

Perkongsian tersebut telah diperoleh menerusi Instagram rakan-rakannya serta isteri kepada Fad Bocey yang sememangnya rapat dengan keluarga Abam. Menerusi video temu bual bersama kakak Abam, sebenarnya dia ingin membuat majlis makan-makan bersama keluarga serta sahabat handai.

Namun impiannya tidak terlaksana dan terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan kurang mengizinkan. Kenduri tahlil yang berlangsung untuk hari ketiga diadakan di kediaman keluarga di Gombak turut dihadiri Achey dan Fad yang baru tiba dari Jepun dan terus bergegas ke kediaman keluarga Abam bagi memberi penghormatan kepada mereka.

: Malaysia Gazatte , Pojie pidon, syaheerarahman

Terkilan tak sempat makan siput sedut. Kakak Abam dedahkan Abam mengidam siput sedut tapi ini yang terjadi

Hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian pelawak popular, Abam daripada kumpulan Bocey yang telah pergi buat selamanya di sisi isterinya di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin. Kakak kepada pelawak popular Abam, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Redzuan berkata adiknya itu merancang untuk

menganjurkan majlis makan-makan bersama sanak saudara sebelum dia s4kit. Menurut Sharifah Norwahidah, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 telah membeli lima kilogram siput sedut dan lima kilogram sotong untuk majlis berkenaan.

Dia teringin nak makan gulai siput sedut dengan keladi. Dia sudah beli siput sedut lima kilo dan sotong lima kilo. Dia kata kita nak makan ramai-ramai. Tapi disebabkan dia s4kit, acara itu ditunda. Saya kata nantilah bila dah sihat kita buat semula.

Dia kata dia tidak lalu makan, itu sahaja yang dia tidak kesampaian nak makan, katanya kepadaMalaysiaGazette. Dengan nada sebak, Sharifah Norwahidah berkata, majlis itu terhenti apabila Abam jatuh s4kit, dua hari lalu.Abam dibawa ke h0spital Selayang untuk di siasat.

Dia suka makan gulai siput sedut dengan keladi. Bila dia jatuh s4kit, dia tidak lalu makan. Semua bahan itu disimpan dalam peti sejuk. Biarlah masak banyak-banyak, aku nak meratah, dia kata. Nanti panggil semua, bawak mak sekali. Nanti aku masak, katanya lagi.

Sharifah Norwahidah berkata, pemergian Abam sangat dirasai oleh ahli keluarganya kerana menyifatkan beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Keluarga terasa kehil4ngan dia sangat-sangat. Sebab dia tidak pernah berkira. Cakap lah dengan dia bincang, tapi dia tidak pernah berkira.

Dia kata yang habis tu sudahlah, ada rezeki yang akan datang. Jadi kalau apa pun memang tidak ada masalah dengan dia. Saya rasa seperti hilang tempat bergantung dengan dia. Adik beradik banyak bergantung dengan dia. Apapun akan rujuk kepada dia. Dia kata ada masalah apa-apa bincang, katanya lagi.

Abam kini berada di h0spital Selayang untuk proses di siasat. Sementara itu , Ibu Abam menceritakan pesana terakhir Abam kepada ibunya 2 hari lalu .. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! sumber : malaysiagazette


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...