EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Sangka! Ini Yang Dimakan Oleh Kumpulan TWICE Dalam Sehari

0 month ago, 09-Jun-2021

K-Pop idol kebiasaannya terkenal dengan mengamalkan diet yang melampau untuk mengekalkan berat badan mereka, namun berbeza bagi kumpulan TWICE yang tidak membiarkannya menghalang mereka daripada makan apa sahaja yang mereka mahu.

Menerusi temubualnya bersama WIRED, ahli kumpulan TWICE menjawab persoalan mengenai makanan yang mereka makan setiap hari.

IKLAN

Memesan Pelbagai Makanan Di Luar

Tzuyu TWICE kemudian mendedahkan bahawa mereka kebiasaannya memesan banyak makanan di luar. Momo yang bersetuju dengan Tzuyu, menambah bahawa mereka memesan pelbagai makanan untuk dikongsi bersama.

Disebabkan temubual yang dijalankan berlaku pada waktu pagi, Jeongyeon membuat keputusan untuk membincangkan apa yang mereka makan pada hari sebelumnya. Dimulai dengan Momo, dia memberitahu bahawa dia telah makan semua jenis makanan, termasuk kek beras Korea.

Semalam saya makan kek beras dan japchae dan kentang goreng. Makanan seperti itu..-Momo TWICE

Sentiasa Minum Kopi

Nayeon TWICE menyatakan bahawa mereka minum banyak kopi setiap kali mereka mempunyai rancangan jadual, dan memberitahu Chaeyou sentiasa minum Americano.

Apabila kami mempunyai rancangan, kami sentiasa minum kopi-Nayeon

Walaupun kami tidak makan, kami sentiasa minum kopi.-Chaeyong

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...