EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sanggup Buat Suami Cemburu, Cara Kaka Azraff Pujuk Supaya Muncul Dalam MV Terbaru, Janjiku

0 month ago, 03-Apr-2021

Penyanyi yang baru sahaja menggondol Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini, Kaka Azraff mengakui dirinya sengaja membuatkan suami tersayang cemburu agar dapat memujuk insan tersayangnya itu muncul dalam muzik video single terbarunya berjudul Janjiku.

View this post on Instagram

A post shared by K A (@kakaazraff)

Advertisement

Ujar Kaka, suaminya iaitu Adam Azriff pada awalnya tidak mahu turut serta dalam penerbitan muzik video single tersebut yang merupakan ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu.

Namun, Kaka menjelaskan dia ‘terpaksa’ membuat suaminya cemburu dengan menceritakan babak serta jalan cerita yang mesti dilakukan dalam muzik video tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by K A (@kakaazraff)

“Pada awalnya, dia (suami) tak mahu berlakon bila saya ajak. Jadi pihak pengurusan dan produksi pun mencari model sebagai pelakon. Bila dibentangkan mengenai jalan cerita dan babak romantis yang akan saya lakonkan dengan model itu, Adam akhirnya mengalah dan bersetuju akhirnya.”

Advertisement

Tambah penyanyi lagu Gila ini lagi, dia sebenarnya lebih selesa untuk berlakon dengan suami sendiri berbanding orang lain.

Jelasnya, perasaan kekok untuk bersentuhan ketika melakukan adegan mesra itu tiada jika Adam menjadi pasangannya dalam muzik video itu nanti.

View this post on Instagram

A post shared by K A (@kakaazraff)

Difahamkan juga, selain Kaka dan Adam, anak mereka iaitu Aslan Adam juga bakal muncul dalam beberapa babak dalam lagu tersebut.

Single Janjikuini menceritakan mengenai kisah rumah tangga di mana Kaka cuba untuk menonjolkan realiti kehidupan dalam sesuatu perhubungan suami isteri.

Sanggup Buat Suami Cemburu, Cara Kaka Azraff Pujuk Supaya Muncul Dalam MV Terbaru, Janjiku first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...