www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya sanggup beli susu mahal, berbanding sibuk beli stroller mahal Sharnaaz Ahmad sekolahkan netizen

0 month ago, 07-Dec-2018


Selepas heboh dengan isu dikritik oleh segelintir netizen kerana membeli susu formula yang mahal kepada bayinya yang baru berusia bulan, pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengeluarkan kenyataan balas kepada netizen yang triggered kepada dirinya.

Pelakon itu telah memuat naik status di Twitter, memberi sindiran kepada mulut-mulut netizen yang berkata perihal isu memberi susu formula yang mahal untuk anaknya.

Isteri Sharnaaz Ahmad sebelum ini pernah memuat naik foto susu jenama Enfalac di Instagram, yang bertanya pandangan pengikut Instagramnya tempat untuk membeli susu tersebut, kerana susu tersebut selalu kekurangan stok.

Posting daripada Noor Nabila telah membuatkan ada netizen yang mengkritik isteri Sharnaaz Ahmad, kerana sanggup membeli susu formula, berbanding menyusu badan kepada anaknya.

Sharnaaz Ahmad pula ada meluahkan isi hatinya yang kecewa melihat sikap netizen yang tidak boleh terlepas daripada untuk memberi kecaman.

Kenyataan balas daripada pelakon itu telah disokong oleh segelintir peminat, yang menyifatkan tindakan Sharnaaz adalah terbaik untuk anaknya, yang mendahulukan keperluan berbanding kehendak, demi kesihatan anaknya.

: Twitter Sharnaaz Ahmad


SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts