EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sanggup tak anda bayar RM638,000 untuk beli game Super Mario?

0 month ago, 21-Nov-2020


Mashable melaporkan permainan video Super Mario Bros. 3 dijual dengan harga rekod baharu RM638,400 (AS$156,000).

Itulah yang berlaku Jumaat pagi apabila Heritage Auctions berjaya melelong sebuah salinan Super Mario Bros. 3 untuk Nintendo Entertainment System.

Bukan seorang tetapi 20 orang bertarung untuk mendapat salinan asli game yang masih belum dibuka itu.

Game yang dijual sebegitu mahal itu adalah sebuah salinan yang 'rare' atau jarang ditemui dan mungkin antara yang terawal dikeluarkan berdasarkan pada cover game tersebut.

Sebelum ini, Heritage Auction berjaya menjual game yang sama pada harga lelongan RM157,561 (AS$38,400).

Apa bezanya?

Semua foto daripada Heritage Auctions

Mengikut kualiti bungkusan game yang masih belum dibuka itu, salinan yang dijual terdahulu mendapat markah 9.0 A, berdasarkan penelitian syarikat penilaian mutu permainan video vintaj, Wata Games.


Tapi, dengan hanya markah 9.2 A+, salinan yang baru dijual itu menjadi rebutan 20 pembida sehingga mencecah lebih RM600,000!


Rekod game paling mahal dijual adalah salinan game Super Mario Bros yang dijual pada RM466,545 (AS$114,000) pada Julai.


BACA: SUPER MARIO DIJUAL LEBIH RM485 RIBU!


Ramai antara kita membesar dengan game Nintendo pernah bermain Super Mario yang vintaj ini, tapi tak sangka ada yang masih sanggup belanja beratus ribu ringgit untuk mendapatkan salinan yang mungkin tiada player Nintendo untuk dimainkan.


Pada hari yang sama juga, Heritage berjaya melelong salinan game, Nintendo Gameboy Pokemon Red Version (1998) pada harga RM343,770 (AS$84,000), yang merupakan harga tertinggi dibayar untuk permainan Pokemon.





SUMBER : rancaktv.com



Live Website Traffic


loading...