EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suka sangat nak kahwin dua padahal isteri pertama tengah plan sesuatu. Terduduk suami bila dapat tahu plan isteri. Tak sangka akhirnya ini yang terjadi.

0 month ago, 14-Feb-2020

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Kisah ini saya lalui sendiri. Ya, saya sebelum ini ada dua isteri. Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun. Memang saya nikah kedua tanpa izin isteri pertama

Tapi saya nikah kali kedua dengan terhormat, bukan kawin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua. Malah, waktu saya bersanding, isteri pertama hadir dan tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya. Alhamdulillah isteri-isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, saya akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama. Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang. Kesilapan sendiri dengan alpha lalai kemewahan dan lupa Allah.

Sehingga tahap saya tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa. Anak anak masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu saya sediakan, saya sediakn untuk kedua-dua isteri dan anak saya. Sampai satu tahap, dah tak mampu dan perniagaan tutup.

Saya tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa. Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari saya . Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak anak.

Maka, disini la saya lihat ujian Allah yg Maha Besar. Seorg isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa. Isteri mula layan acuh tak acuh. Hubunggn sekadar ada duit baru boleh, tak de duit tak boleh. dan saya mula tawar hati. Maka, isteri pertama menuntut perpisahan

dalam saya tertekan mencari dahan untuk berpaut naik ke atas semula. Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yg diminta oleh isteri pertama. Paling jengkel, isteri pertama melarang abang bermain dengan kakak, dihina kakak sebab anak perampas.

Hina yang dilempar macam hina saya, memang saya pd masa tue betul betul rasa hina tapi saya pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun. Saya percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik. Lagi hina bila dimahkamah, saya langsung tidak dipandang apa pun kebaikan

dan saya senyum tanda kecewa dengan apa yg berlaku. Maka berpisahlah saya dengan isteri pertama. Saya keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa-apa saya bawa selain kain baju demi keselesaan anak-anak kelak. Saya redha dan bergantung pd isteri kedua selepas itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dihina oleh ibu saya sendiri dan bekas isteri sebagai perampas dan tidak berpelajaran, dia lah yg susah pyh berhujan panas dengan saya mencari rezekS. sama sama susah, sehingga tidur di RNR setiap mlm sbb tiada tmpt tinggal. Mandi dan solat di RNR.

Kami susah tidak meminta-minta dan tidak siapa yg tahu. Isteri kedua dengan senyap jual cincin, gelang dan rantai untuk saya dan anak anak duduk rumah sewa. Malah, sebahagian wang isteri kedua suruh beri kpd anak-anak dengan isteri pertama lpskan byr yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melalak minta duit, dia seakan fhm dan rela hati membantu saya . sbb anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika shj. Masa itu, hanya Allah yg tahu betapa mulia isteri kedua yg masyarakat hina sbg perampas pemusnah rumahtangga.

Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak x masuk tabika demi abg-abg dia. Ya Allah, saya btul rasa hiba dgn pengorbanan isteri saya . Dan kini, isteri kedua juga yg masak dan mkn bersama anak bekas isteri pertama serta mengajar mengaji dan solat bersama bila saya amik abg-abg bermlm dirumah kecilku.

Anak-anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan mereka adalah adik beradik kandung sebapa. Tak kisah la bekas isteri pertama kasi ke tidak, saya dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati saya dah tak de rasa apa pada bekas isteri lg. sekadar tegur gitu jea bila amik anak, pastu bla jea.

Saya syukur kini dengan rezeki yg ada, saya mampu beli semula rantai emas untuk isteri saya sebagai ulang tahun ke-8 perkahwinan kami, setelah 2 tahun dlm kesusahan pyh hidup membesarkan anak-anak. Jadi, saya merayu kaum wanita, bkn semua isteri kedua perampas atau pemusnah kebahagian.

Saya dah lalui dan saya amat sygkan isteri saya walau org hina dia. Dia tetap senyum dan berkata, syurga mummy pd Abi dan keredhaan Abi utk mummy.. Mummy bkn org berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik utk Abi dan semua anak Abi & mummy..

Semoga kisah saya menjadi panduan utk semua, bkn status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utamatapi siapa yg bertahan utk bersama susah senang. Bkn hanya meminta tapi apa yg kita sanggup beri dgn hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin. : Dunia Kini


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...