www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


ERC Sandakan hab ragbi negara

0 month ago, 17-Mar-2019


KELAB Ragbi Eagles (ERC) di Sandakan, Sabah dan Kesatuan Ragbi Sabah pada dasarnya dianggap rumah atau hab ragbi di negara ini.
Kelab ini dan Kesatuan Ragbi Sabah (SRU) yang diterajui Velayuthan Tan melonjakkan sukan ragbi dengan penyediaan prasarana, latihan, program pembangunan pemain, kejurulatihan, pendedahan antarabangsa dan pengurusan bertaraf dunia.
Velayuthan

Velayuthan, 65, yang lebih dikenali Vela merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ragbi Asia, datang daripada sebuah keluarga yang amat meminati sukan budiman ini.

Saudara Vela, Tan Sri Krishnan Tan adalah bekas Presiden Persatuan Ragbi Gabungan Bekas Pelajar (COBRA), seorang lagi adiknya, Dr KH Tan menyandang Naib Presiden KRM dan Timbalan Presiden SRU manakala anak Vela, Nathanael Tan Aik Ming kini mewakili pasukan negara.
ERC yang ditubuhkan pada 2003 asalnya dikenali sebagai Kelab Ragbi Sandakan (ERC), menawarkan ragbi lebih daripada sekadar sukan kepada masyarakat. Kami mahu sukan ini memberikan kesan kepada generasi masa depan.
Ragbi juga membuka peluang mereka bermain, melatih, mengurus, pendidikan dan karier. Inilah satu cara untuk cemerlang menerusi kerja keras dan jujur dalam menjadi bakal pemimpin, kata anak jati Sungai Renggam, Klang, ini.
Gimnasium latihan serba canggih yang terdapat di ERC.
Kelab itu turut mengikat khidmat jurulatih dan pemain-pemain profesional luar negara dari New Zealand dan Fiji untuk mengetuai dan membantu program penggalakan dalam pembangunan ragbi secara menyeluruh.
Bergandingan dengan SRU, Jabatan Pendidikan Sabah dan penaja, IJM , ERC membina sebuah pusat lestari bagi bakat-bakat muda ragbi menerusi Akademi Kecemerlangan Ragbi Sabah yang melibatkan lebih 50 sekolah di negeri ini.
Hasil semaiannya sudah berjaya dituai apabila pasukan wanita Sabah yang berlatih dalam tiga fasa di akademi ini merangkul pingat emas ragbi Sukan Malaysia di Perak, tahun lalu tanpa melepaskan walau satu mata pun.
Skuad wanita Borneo Eagles yang menjuarai kategori plate Borneo 7’s, tahun lalu dan sebahagian besarnya memenangi pingat emas Sukan Malaysia bersama Sabah.
ERC Borneo Eagles turut menyerlah sebagai peserta kejohanan tempatan dan antarabangsa. Antaranya muncul juara tiga kali berturut-turut sebuah kejohanan di Darwin, Australia selain menjayakan penganjuran Kejohanan Tujuh Sebelah Antarabangsa Borneo sejak 2001.
Turut digelar Kejohanan Tujuh Sebelah Terhijau Di Dunia kerana venuenya di hutan tropika (padang ERC), edisi ke-18 dari 23 hingga 24 Mac ini melibatkan 11 pasukan dari Rusia, Belgium, Australia, Jepun, Singapura, China, Hong Kong, Thailand dan Taiwan selain pasukan kebangsaan (lelaki dan wanita).
Antara kemudahan canggih ditawarkan ERC kepada penggiat ragbi.

ERC Sandakan hab ragbi negara Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts