www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Dr M: Bon Samurai banyak faedah untuk negara

0 month ago, 07-Nov-2018



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan.

Katanya, bon termurah dengan kadar faedah hanya 0.65 peratus adalah lebih baik berbanding hutang lama yang terpaksa ditanggung dengan faedah sehingga tujuh peratus.

Loading...

Jika kita dapat tukar daripada faedah tinggi dengan yang rendah kita akan dapat kurangkan beban negara untuk membayar balik pinjaman. Bon itu boleh diguna untuk apa-apa projek yang kita ada, katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo, hari ini, hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun.

Dr Mahathir berkata, terdapat dua jenis pinjaman oleh Jepun termasuk bon Samurai yang akan diberikan oleh institusi perbankan negara itu.

Mereka juga ada ODA (Bantuan Pembangunan Rasmi) itu juga boleh bantu jika kita ada projek tertentu. Jika dapat bantuan ODA pinjaman akan kenakan faedah yang rendah, mungkin satu hingga 1.5 peratus atau kurang, katanya.

Kerajaan Jepun menawarkan jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Penerbitan bon dalam denominasi yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus dan dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.

Malaysia menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pinjaman yen itu sewaktu pertemuan pertama Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada Jun lepas dalam usaha menangani hutang kerajaan.

- Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts