www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


58 kes samun, curi di stesen MRT dalam masa empat bulan

0 month ago, 15-May-2019


Gambar hiasan

SUNGAI BULOH, 15 Mei Sebanyak 58 kes curi dan samun direkodkan di 21 buah Stesen Transit Aliran Massa (MRT) dari 1 Jan hingga 30 April lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata 19 kes direkodkan di stesen MRT Ampang Jaya, 15  di Petaling Jaya, 11 di Sungai Buloh, tujuh di Serdang, empat di Gombak dan dua kes di Subang Jaya.

Loading...

Bagi membendung kejadian jenayah dan memastikan keselamatan di kawasan stesen-stesen MRT, polis bersama Prasarana akan meningkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan MRT menggunakan Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal dan tugas am di balai-balai berdekatan.

Selain itu, polis Selangor juga mengedarkan 400 borang maklumat balas balik kampung di kawasan Stesen MRT Surian dan Sungai Buloh, katanya pada sidang media pelancaran progam rondaan cegah jenayah bersama Prasarana Malaysia Berhad, di sini.


Noor Azam berkata inisiatif awal polis Selangor adalah bagi mengingatkan orang ramai yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya supaya mengisi borang untuk membolehkan polis memantau rumah-rumah mereka agar jenayah pecah rumah dielakkan. Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts