EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Samsung melancarkan Galaxy A80 di Malaysia

1 month ago, 12-Jul-2019

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan siri Galaxy A terbaru yang seterusnya iaitu Galaxy A80. Yang lebih menarik lagi, Samsung juga turut menawarkan Galaxy A80 Edisi Khas Black Pink buat penggemar kumpulan K-Pop terkenal itu.

Ia hadir dengan paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk (notch) sebesar 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan ketahanan skrin Gorilla Glass 3. Ia sememangnya memberi pengalaman yang terbaik buat pengguna dengan skrin yang penuh tanpa sebarang gangguan takuk.

Pada bahagian prestasi, Galaxy A80 dikuasakan dengan Snapdragon 730 dengan tawaran 8GB RAM dan 128GB storan, mempunyai bateri sebesar 3,700mAh dan pengecasan pantas 25W. Yang membuat Galaxy A80 lebih unik adalah bahagian kamera yang menggunakan tri-kamera  48MP + 8MP (ultra lebar) + ToF dengan fungsi pop-naik yang berpusing sebagai kamera utama dan kamera swafoto.

Samsung menawarkan Galaxy A80 dengan harga RM2,499 dengan pilihan warna Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black di laman web rasmi Samsung. Manakala edisi khas Black Pink, Samsung menawarkan hadiah percuma Galaxy Fit dan bungkusan Edisi Khas BlackPink dengan nilai RM818 buat 1,000 pelanggan pertama buat harga RM2,499 juga. Pembelian boleh dibuat di laman rasmi Shopee Samsung.

Samsung melancarkan Galaxy A80 di Malaysia TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com