EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Samsung Galaxy Note 10 Gimik je lebih?

0 month ago, 13-Aug-2019

Jika ingin dibandingkan antara Galaxy Note 10, Galaxy S10+ dan Galaxy Note 9, permulaan harga yang ditawarkan adalah sama.

Ada yang kata terlalu mahal untuk Galaxy Note 10. Hakikatnya, tanda harga RM3,699 telah mula sejak dari Galaxy Note 9. Cuma dengan Note 10+, harga permulaan RM4,199 agak tinggi, malah 512GB sudah hampir RM5,000.

Namun ia dilihat berbaloi apabila Samsung menawarkan naiktaraf percuma dari 256GB ke 512GB buat pra-tempahan dari 8 Ogos hingga 18 Ogos bersama beberapa hadiah menarik.

Cuma pendapat peribadi saya sebagai pengguna, ‘wow factor’ spesifikasi dan fungsi pada siri Note 10 dilihat semakin hilang seri dan suram.

Kadang tertanya-tanya, jika Samsung mampu membekalkan teknologi yang baik buat jenama lain seperti :

Skrin 90Hz pada OnePlus
Skrin Waterfall pada Huawei & Vivo
Kamera 64MP pada Realme
Kamera 108MP pada Xiaomi

Kenapa tidak ditawarkan teknologi seumpama ini buat siri Galaxy Note 10? Atau mereka ingin simpan untuk siri Galaxy S11 sebagai teknologi wajib ada pada tahun 2020?

Hatta, fungsi video bokeh dan fungsi baru Action Air pada S-Pen dilihat lebih sekadar melepas batuk ditangga dan gimik. Boleh dikatakan, ‘asalkan ada pembaharuan’ sudah cukup untuk menangkap minat pelanggan.

Fungsi yang masih tidak matang. Gerakan Action Air S-Pen kerap tidak menjadi, lebih baik sentuh saja lebih pantas. Saya tidak dapat bayangkan pengguna Galaxy Note 10 yang ingin gunakan fungsi Action Air pada umum. Pasti mereka akan melakukannya berulang-kali untuk menjadi.

Potongan video bokeh buat penapis biasa juga nampak buruk. Syukur ada pilihan penapis lain yang sekaligus sorokkan potongan bokeh yang buruk.

Namun ada juga beberap perkara yang boleh saya puji seperti pengecasan pantas 45W yang hanya pada Galaxy Note 10+, pengecasan tanpa wayar 20W, dan skrin yang sangat cantik. Cuma rekaan takuk agak sedikit kurang menarik.

Rasanya pelanggan masa kini lebih bijak memilih mana yang betul-betul berguna untuk mereka, dan mana yang tidak. Harap Samsung lebih berhati-hati terhadap teknologi yang mereka pasarkan.

Jangan terlalu ingin menjadi pertama dan memberi lebih pada jenama lain, produk sendiri kelaut. Cukup kita dengar kegagalan Galaxy Fold pada peringkat awal perkenalan, harap teknologi mendatang tidak hanya sekadar gimik semata-mata.

Samsung Galaxy Note 10 Gimik je lebih? TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com