EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Samsengnya...

0 month ago, 09-Jan-2020

SATU rakaman video tular sejak semalam memaparkan seorang pelajar sekolah agama di Machang dibuli sekumpulan remaja di kawasan perumahan.

Video berdurasi 29 saat itu memaparkan pelajar itu yang memakai beg dan seragam sekolah ditahan sekumpulan remaja.

Seorang remaja yang berpakaian baju T dilihat mengambil duit mangsa dipercayai bernilai RM5 selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Mangsa turut dilihat menanggalkan jam tangan yang dipakai dan diserahkan kepada pembuli namun mangsa ditendang.

Rata-rata netizen melahirkan perasaan marah dan meminta polis menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, pihaknya sudah maklum mengenai penyebaran video berkenaan dan sedang menyiasat pelaku serta mangsa yang terbabit dalam kejadian.

Katanya, siasatan merangkumi tarikh kejadian berlaku namun setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kes itu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...