EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bila Dah Sampai Ke Tahap Ini Saya Hanya Mahu Enjoy' Naim Daniel Mara Ke SFMM36

0 month ago, 21-Nov-2021

Penyanyi Naim Daniel mara ke Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) menerusi lagu Purnama yang diumumkan antara 10 lagu pertama yang layak ke pusingan tersebut.

Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin berkata dia percaya pada rezeki dan hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik untuk lagunya itu.

Advertisement

Walaupun lagu Sembah ciptaannya gagal ke Anugerah Juara Lagu 35 pada tahun lalu, Naim, 24, tetap meluahkan rasa syukur karyanya masih diterima masyarakat.

Bila dah sampai ke tahap ini saya hanya mahu enjoy dan percaya, ada rezeki Alhamdulillah, tapi kalau tak ada saya tetap akan berkarya.

Tambah Naim, dia suka meletakkan keikhlasan dalam setiap persembahan tidak kisah sewaktu semi final atau AJL.

Kita tahu adat bertanding menang atau tidak berjaya. Tapi jika rezeki lebih itu sampai situ tapi masih dapat didengari dan diterima masyarakat, saya rasa itu pun dah cukup satu kepuasan untuk diri saya.

Advertisement

Keputusan itu diumumkan oleh pengacara Muzik-Muzik 36 iaitu Alif Satar dan Sissy Iman menerusi sidang media yang diadakan secara maya.

Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik-Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir yang akan diadakan pada 31 Disember 2021 satu dan 1 Januari 2022.

Naim Daniel
2 minggu lalu

"Saya Tak Sangka Boleh Teroka Bidang Pengacaraan" - Naim Daniel Akui Seronok Jadi Hos

Bila Dah Sampai Ke Tahap Ini Saya Hanya Mahu Enjoy' Naim Daniel Mara Ke SFMM36 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...