EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sampai Berhutang Nak Beli Ketum, Isteri Kecewa Suami Jadi Baran Lepas Ketagih Ketum

8 month ago, 09-Jan-2020


Menyimpan air ketum adalah satu kesalahan undang-undang dalam negara ini. Pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 (Pindaan 2003) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya.

Malah, pihak berkuasa juga melarang mana-mana individu atau organisasi menanam pokok ketum di Malaysia. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Besut hari ini mendedahkan satu luahan yang dipercayai isteri kepada pemilik dan peminum ketum.

Ikuti luahan isterinya seperti tertera di bawah.

Suami saya memang minum ketum sebelum kawin lagi. Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja.

Sekarang kami dah ada anak. Anak dah nak masuk 2 tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant. Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.


Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 36. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nk kena minum.

Dan saya perasan duit gaji tak pernah cukup. Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.

Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun saya bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Saya stress.

Saya tak tahu mcmne lagi nak selesaikan masalah ni. Suami saya pun dan lebih setahun tak sentuh saya. Saya nak semua ni selesai cepat. Anak saya semakin membesar. Saya tak nak anak saya terganggu emosi.

Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri.

Anda yg kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum. Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga.


: AADK Besut via Siakapkeli.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...