EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Samoa lapor kes pertama COVID-19

0 month ago, 19-Nov-2020

MOSCOW,. Samoa mendaftarkan kes pertama COVID-19 membabitkan seorang kelasi yang diuji positif virus itu ketika di pusat kuarantin, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut The Samoa Observer, memetik Perdana Menteri, Tuilaepa Sailele Malielegaoi, kelasi itu tiba dari Auckland pada Jumaat lalu dan didapati positif selepas menjalani ujian saringan.

Perdana menteri mengatakan ujian saringan kedua didapati negatif.

Malielegaoi berkata, pesakit itu kini berada di hospital.

Setakat ini, hanya sebilangan negeri pulau seperti Tonga dan Nauru masih bebas daripada COVID-19.

BERNAMA





Live Website Traffic


loading...